Went to pasar malam as usual. Bought some chicken bcoz' i just don't know what to buy. But in the end i just don't know what to cook. Ayam masak merak, ayam masak kicap, ayam masak lada hitam, ayam goreng, ayam masak halia. I kept on reversing those kind of recipe everytime i cook chicken. But i'm not bored eating chicken, it just i've no idea what to do with the chicken. Then i remember one recipe i found in kak liza's fp. Ayam masak serai. I open my fridge & the serai was still there. The ingrediants were so easy & all of them were already in the freeze. The final outcome was so good...but when i see it, it come to my mind that my mom used to cook like this but i don't know what she called it...
AYAM MASAK SERAI
Sumber : Maklang Lina
Kiriman : Kak Liza
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
2. Angkat ayam dan toskan minyaknya
3. Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
5. Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
6. Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
AYAM MASAK SERAI
- rozzan -
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong 8)
4 batang serai (dititik)
(Bahan-bahan dikisar halus)
3 batang cili merah
10 ulas bawang merah (atau 2 biji bawang besar)
3 sudu makan cili kering kisar
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
3 sudu makan minyak utk menumis
400ml santan pekat dari 1 biji kelapa(saya gunakan santan kotak)
1 sudu besar jus lemon (optional)
1 sudu teh gula (optional- saya taruk)
garam secukup rasa
daun kunyit, daun limau purut (optional- saya taruk sbb anak2 suka aromanya)
daun ketumbar utk hiasan.
10 batang cili padi (dilepaskan dlm kuah)
Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai, daun kunyit dan daun limau sehingga wangi dan garing. Masukkan ayam tadi dgn sedikit air. Kacau perlahan-lahan sebentar. Sesudah itu, masukkan santan dan cili padi. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih. Sesekali hendaklah dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Akhir sekali masukkan garam, gula dan jus lemon. Kacau lagi dan biarkan mereneh sebentar sebelum dimatikan api. Hiaskan dgn daun ketumbar.
AYAM GORENG SERAI
- Kak Liza -
bahan
1 ekor ayam
minyak
bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 batang serai
5 biji ciliapi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
garam
cara
1. Ayam dipotong kecil dan bersihkan. Toskan kering.
2. Gaulkan semua bahan dengan ayam dan perapkan sekejap [15 minit].
3, Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga garing.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Hidangkan dengan nasi atau makan dengan roti.
AYAM PEDAS SERAI
Sumber: Kak Noor Hannah
Bahan2:
1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng 1/2 masak
bahan2 kisar:
5 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
cili kering (ikut suka banyak mana) (nak tambah cili padi boleh saja)
sedikit belacan
kunyit hidup
halia
lain2 bahan:
1 asam keping
3 batang serai - di titik
1 biji santan
cili padi - saja letak eksyen
sedikit kacang tanah goreng / gajus
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan mesin dan serai sehingga keluar minyak.
2. Masukkan ayam, santan, asam keping, biarkan seketika, sesekali kacau.
3. Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.
4. Bila sudah masak, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.
Cadangan Hidangan
1. sedap di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang, pulut atau roti. bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun sodap, dlm instant puff pun sodap.
2. selalu kalau kak noor rasa malas nak masak rendang, kak noor masak lauk ni je ... ringkas je.
Ayam Masak Serai
Posted by noris
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (sederhana)
1 sudu besar serbut kunyit
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
6 biji buah keras
6 batang serai
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit gula perang
Minyak masak untuk mengoreng dan menumis
Cara-cara:-
1. Ayam dipotong mengikut saiz yang dikehendaki dan dibersihkan.
2. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam hendaklah digoreng separuh masak.
3. Bawang kecil, bawang putih, halia, 4 batang serai dan cili kering hendaklah dikisar.
4. Buah keras ditumbuk lumat.
5. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar berserta buah keras yang telah ditumbuk sehingga naik baunya.
6. Masukkan 2 batang serai yang dititik.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak.
8. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan biarkan beberapa minit supaya ayam masak sepenuhnya.
AYAM SERAI
Posted by JUNAIDAH (DUNIA DECORATION)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 bahagian)
10 gm cili padi
15 gm cili merah
6 batang serai
150 gm bawang putih
100 gm bawang merah
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1.Kisar bawang merah,bawang putih,cili padi,cili merah dan serai.
2.Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
3.Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar selama ½ jam.
4.Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.Hidangkan.
Ayam Serai
- keseharian.com -
Bahan
1 ekor ayam, potong kecil2
1 buah jeruk nipis, ambil airnya
5cm kunyit segar yang dihaluskan
garam secukupnya
3 batang serai, dikeprek kemudian dipotong2 serong
150 air asam kental -> asam basah diremas2 dengan 150 ml air, ambil airnya
minyak untuk menumis dan menggoreng
Bumbu halus
4 siung bawang putih
4 siung bawang merah
25 buah cabe merah
4 butir kemiri
Cara membuat
1. Lumuri ayam dengan air jeruk nipis, biarkan 15 menit, cuci, tiriskan
2. Aduk ayam bersama kunyit dan garam secukupnya, biarkan agar meresap sekitar 30 menit
3. Goreng ayam sampai darahnya kering, tiriskan*
4. Panaskan minyak untuk menumis, sekitar 150 ml
5. Tumis bumbu halus sampai berubah warna dan harum
6. Masukkan serai, aduk, masukkan ayam, dan air asam, aduk sampai air asam mengental
7. Tuangi air sedikit agar serai keluar wanginya, jika mengering, bisa diulangi
8. Jika sudah wangi serai, aduk terus sampai bumbu kering dan keluar minyaknya
9. Sajikan hangat
Tips dan informasi
*Untuk menghindari pemakaian minyak goreng, oven ayam dengan api atas
Ayam Masak Serai
- shazie -
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka dan digoreng ikut suka (samada anda nak garing atau separuh garing)
Tumbuk:
10 ulas bwg merah
5 ulas bwg putih
1/2 ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
Titik:
3 btg serai (ikut suka samada nak hancur kan sedikit atau tidak)
cili yg telah diblender
cili sos
tomato sos
garam
Caranya:
- tumbuk kesemua bhn tadi dan masukkan kedalam kuali sampai naik bau dan masukkan cili kisar dan serai.
- selepas kesemua bhn tadi sudah btl2 masak barulah dimasukkan cili sos (ikut suka) dan tomato sos(ikut suka juga)
- Dimasuk sedikit garam dan selepas sebati bahan tadi barulah dimasukkan ayam yang telah digoreng.
- angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment