- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, December 1, 2008

Kerabu Kacang Botol/Botor/Kelisa

We've a lot of this at my house in trganu. My mom grows this kacang botol tree near my kitchen. It's easy to grow the tree. Once the tree produce the 'kacang', we've to pluck it almost everyday.If not,the 'kacang' will 'tua'.It's best to eat it fresh as 'ulam', dip in sambal belacan & budu, fry it or make kerabu.I used to eat it everyday when i was at my hometown until i've enough of it & wasted it bcoz' of it's humangous qty.But once i came to kl,i missed it very much as here i've to buy it whenever i want to eat it.(maklumla rumah xde laman nk tanam pokok).
Yesterday i went to pasar malam & bought some 'kacang botol'.So today i'm thinking of making kerabu with it as everyday i eat it raw with rice. I can cook anything using any vegetables with no regret when my husband is not around as he hates vegetables.


KERABU KACANG BOTOL
- Kak Liza -

Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
3. Hidangkan.


Kerabu Kacang Kelisa/ Kacang Botor/Botol
- Kak Madiha -

Bahan2
20 biji kacang kelisa (agak2 je ni)
1/2 biji kelapa parut - disangai sebentar hingga agak kekuningan sikit je terus angkat.
5 ulas bwg merah - belah 4
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah - patahkan 2
8 biji cili padi
1 batang serai - hiris
1 cm sedikit belacan
sedikit udang kering
garam, gula & perasa secukupnya
sikit minyak
sedikit asam jawa - dijadikan pes dengan air masak dlm 1/2 cawan

Cara2
1. Kacang kelisa dibersihkan dan potong ikut suka dan dicelur sebentar dan tos lalu masukkan dlm besen.
2. Panaskan minyak.. tumiskan bwg2, cili padi, cili merah, serai dan udang kering sekejap. Angkat dan masukkan dlm mesin pengisar berserta belacan. Tuangkan pes asam jawa dan blend bahan tersebut hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam besen berisi kacang kelisa tadi. Tuangkan 1/2 cawan air masak ke dalam mesin pengisar dan kocak2 sikit sebab dalamnya masih terlekat bawang2 mesin tadi.. sayang kalau dibuang.. kemudian tuangkan ke dalam besin. 3. Masukkan kelapa sangai berserta garam, gula dan perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga rata. Rasakan garam dan asamnya dan bolehlah dihidang.


KERABU KACANG BOTOL

Bahan-bahan (Untuk 4 orang):
Kacang botol - 300 gm (dipotong 2 cm)
Bawang putih - 2 ulas (dihiris halus)
Bawang merah - 2 ulas (dihiris halus)
Udang kering - 20 gm (ditumbuk halus)
Cili padi - 30 gm (dihiris)
Daun limau purut - 5 helai (dihiris)
Liamu nipis - 2 biji (diambil airnya)
Serai - 1 batang (dihiris)
Kerisik - 35 gm
Garam - (secukup rasa)
Daun kesum - 20 gm (dihiris)
Cili merah - 30 gm (dihiris)

Cara membuatnya :
1. Kacang botol dipotong 2 cm. Basuh 7 toskan hingga kering.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi, serai, cili merah, daun kesum, daun limau purut ke dalam mangkuk.
3. Gaulkan bersama air limau nipis dan kerisik serta masukkan garam secukupnya.



Kerabu Kacang Botol
Kiriman: Boo
Sumber: Buku Masakan Betty Yew

Bahan-Bahan:
300 gm kacang botol
5 biji bawang merah (hiris nipis)
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
6 biji limau kasturi (ambil jusnya)
8 biji cili padi (hiris nipis)
1 batang cili merah (dihiris)
3 sudu teh gula
¼ sudu teh garam
2 sudu besar kerisik
50 gm udang kering (dicuci, ditumbuk dan dipanggang)

Cara:
Potong kacang botol menjadi keratan-keratan 4-5 cm panjang. Celurkan sehingga masak. Kemudian campurkan dengan bahan-bahan yang lain. Gaulkan rata-rata dan hidangkan dengan nasi.


Kerabu Kacang Botor Bersama Ayam

Bahan-Bahan:
15 biji kacang botor
¼ cawan santan pekat
Sedikit garam
2 sudu sedang sos ikan
1 ½ sudu sedang gula halus
2 sudu edang air limau nipis
200 gm isi ayam (direbus)
2 sudu sedang bawang goreng
2 sudu sedang kacang tumbuk

Bahan-bahan digoreng dengan sedikit minyak dan ditumbuk halus:
4 tangkai cili kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara:
Celur kacang botor dan hiris nipis. Masak santan hingga mendidih dan bubuh sedikit garam. Angkat dan sejukkan. Satukan Bahan-bahan ditumbuk halus bersama santan, sos ikan, gula dan air limau nipis. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul hingga sebati.



Kerabu Kacang Botol Bersama Udang

Bahan-bahan:
300 gram kacang botol direbus separuh masak
1/4 cawan santan pekat
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
300 gram isi udang direbus
12 biji cili api
1/4 cawan kerisik
2 biji bawang merah
sedikit belacan bakar
sedikit gula, garam dan ajinamoto

Peraturannya:
1. Tumbuk cili, bawang dan belacan bakar hingga lumat.
2. Kemudian campurkan udang dan kacang botol yang dihiris, sos ikan dan bahan-bahan lain.
3. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.Gaul hingga rata.
4. Taburkan hirisan bawang diatasnya dan hidangkan.




Kerabu Kacang Botol
- puansri -

Bahan-bahan:
500gm kacang botol dihiris
1 biji kelapa parut
8 biji cili merah
5 biji cili padi ( kalau nak pedas lagi)
kerisik dalam 1/2 cawan
garam 1/2 tsp
gula 1/4 tsp
bawang besar dihiris setengah bulan
limau kasturi 1 biji

Cara menyediakannya:
cili merah dan cili padi di tumbuk gaul sebati dengan kelapa parut, dah sebati campur kerisik ,garam, gula bawang dan kacang botol .Gaul semua sebati sebelum menghidang perah limau kasturi. sedia untuk dimakan




Kerabu Kacang Botol dgn Perut
- adderlyna -

Bahan2:
Perut lembu (Direbus)~potong kecil2.
Kacang botol 10 biji
Kacang Panjang 3 batang
Cili api 20sen
Sos Ikan~3 sudu teh
Bawang merah + bawang besar (Ikut suka byk lagi sdp).
Garam
Asam limau nipis/limau kasturi.

Cara menyediakannya:
Setelah semua dipotong halus,kemudian di gaul bersama. Boleh di makan bersama nasi atau makan begitu sahaja sbg salad.



KERABU KACANG BOTOL

Bahan-bahannya:-

Bahan A
- Ikan sardin 5 ekor
- 30 batang kacang botol
- 9 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 sudu besar lada hitam[dikisar halus]
- 1 biji kelapa

Bahan B
- 4 sudu besar kerisik kelapa.
- Garam ,gula dan serbuk perasa.
- 5 biji lima nipis diperah airnya[6 sudu besar]

Cara Menyediakannya:-
1. Ikan sardin dibersihkan dan dipanggang dan selepas itu dibuang tulang. Kacang botol tadi direbus dan ditoskan airnya dan dipotong sederhana tebal.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia tadi ditumbuk lumat beserta ikan yang telah dibuang tulang tadi. Gunakan air panas untuk diambil santannya[1 cawan pekat santan].
3. Gaulkan kemua bahan ini sehingga sebati dan akhirnya sekali masuk bahan B dan gaul serta rasa garam secukupnya.
* boleh juga dengan pucuk paku/jantung pisang/terung panjang.



Kerabu Kacang Botor/Kelisa(Yum Tua Phu)

Bahan-bahannya:-
500 gm kacang botor (dihiris nipis)
1/2 cawan santan
1/4 cawan kerisik
1/4 cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)
1/4 cawan bawang goreng

Bahan untuk kuah:-
1/4 cawan air perahan limau nipis
3 camb. gula melaka
3 camb. sos ikan
2 camb. pes cili Thai (Nam Prik Pao)

Cara Membuatnya:-
1. Rebus kacang botor di dalam air mendidih sehingga empuk, lebih kurang 3 minit. Sejat dan bilas dengan air sejuk. Buang lebihan air dan masukkan ke dalam mangkuk adunan.
2. Panaskan santan di dalam periuk di atas api sederhana panas.
3. Campurkan perahan limau nipis, gula melaka, sos ikan dan pes cili Thai dalam mangkuk kecil. Kacau agar gula larut. Gaulkan kuah pada kacang botor.
4. Letak campuran kacang botor di atas pinggan hidang. Tuang santan ke atasnya dan tabur kerisik, kacang dan bawang goreng.




KERABU KACANG BOTOR
- famaxchange -

Bahan-Bahannya:
350g kacang botor
60g bawang besar
½ btg bunga kantan
120g cili merah
30g udang kering
1 biji limau nipis, garam, lada sulah
kerisek (kelapa goreng kering dan ditumbuk)

Cara membuatnya:
1. Kacang botor, bawang merah dan bunga kantan dihiris.
2. Cili merah, udang kering ditumbuk sehingga lumat.
3. Gaulkan kesemua bahan yang telah dihiris dan ditumbuk hingga sebati.
4. Perahkan limau nipis, masukkan garam, lada sulah, kerisek, serbuk perasa dan gaulkan sebati.
5. Akhirnya masukkan ke dalam peti sejuk selama ½ jam.



Kerabu Kacang Kelisa
Sumber: Majalah Jelita Januari 1997

Bahan-Bahan:
350 g kacang kelisa, dihiris halus
60 g bawang besar, dihiris halus
½ batang bunga kantan, dihiris halus
120 g cili merah, ditumbuk lumat
30 g udang kering, ditumbuk lumat
Garam dan lada sulah secukupnya
3 camca besar kerisik
1 biji limau nipis, diperah airnya

Cara:
Satukan semua bahan kecuali limau nipis di dalam mangkuk. Bubuh air limau nipis. Gaul hingga ia sebati. Masukkan ulam di dalam peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang.




KERABU MANGGA AND KACANG KELISA
- ondeonde -

Ingredients:
4-5 shallots - thinly sliced
1 read chilli - seeded and thinly sliced
6-7 cili api - thinly sliced
2 tbsp of dried shrimp - soaked in hot water till soft
2 pips of garlic
1/2 cup of lemon juice (or lime juice)
1 tbsp of nampla sauce (fish sauce)
1 tsp ikan bilis granules
1-2 unripe mangoes - shredded (cari mangga yang wangi bau dia, tak reti apa ker nama tah, bukan yang bulat2 tapi yang "pauh dilayang", yang bujur)
4-5 kacang kelisa - thinly sliced
salt and sugar to taste

Method:
1. In a bowl mix sliced shallots, red chilli, cili api, lemon juice, fish sauce, salt, sugar and ikan bilis granules. Mix well and let it stand for 15 minutes.
2. Meanwhile, pound dried shrimp with garlics until you get a fine mixture.
3. Heat up a pan, put in a little cooking oil and fry this mixture until golden brown (betul2 garing).
4. Add this into the bowl and stir well.
5. Get a bigger bowl and pour in this mixture, shredded mangoes and the sliced kacang kelisa. Blend well and let it stand for about an hour until you could see more juice creeping out from the kerabu. Yum!




Kerabu Kacang Botor
- Mamasya -

Bahan
10 btg kacang botor - potong tipis
1 ekor ikan kembong rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang kecil @ 1/2 labu bawang besar-dimayamg halus
2 biji cili merah dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - tak letak pun tak apa
1 biji limau nipis - utk perah/sedikit cuka makan
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.

Cara-cara
Campurkan semua bahan dan kacau rata.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).