- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, May 31, 2009

Kuih Belimbing

Prnh dgr tak kuih belimbing? Haa, klau nk tau, kuih ni famous gak kt trganu. Byk dijual kt pasar2 yg mjual kuih muih. Ni pn my favorite. Dia manis2 ckit. Lg sedap klau kulit luar dia tu garing/ranggup2 ckit. Bila dtg ke kl ni, tak prnh la plak nmpak kuih ni. Rindu la plak nk mkn. Nk tau cmner tetiba jer teringat pasal kuih ni? Ni gara2 tengok tv, ada org masak sejenis kuih sebiji mcm kuih ni tp ingredientsnya berbeza. Nama kuih tu mexican churros.
As far as i can remember, my mom tak pernh buat kuih ni, so i've no idea how to make it & what is it made of. Cari2 kt internet, dpt la 2 resepi ni. Byk yg ada, nama kuih sama tp btknya mcm kuih kapal terbang tu. Bhnnya simple sgt, so saya cuba la buat. My hubby ckp, sedap, next time bleh buat lg. Dia pn dh lama tak mkn kuih ni, ingat2 lupa dh kuih ni. Utk dptkn btk belimbing tu, i used a pastry bag with a large star-shaped tip. Picit2 je la. Bape pjg belimbing tu, tpulang.


KUIH BELIMBING
Sumber :
Selendang Biru

BAHAN-BAHAN :
125 gm tepung gandum
250 ml air
50 gm mentega
gula ( kisar halus)
2 biji telur
sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayak tepung dan garam. Panaskan mentega dan air dalam periuk.
2. Kemudian tuangkan ke dalam tepung. Masukkan telur dan gaulkan sebati.
3. Bentukkan seperti belimbing atau gunakan acuan. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
4. Gaulkan kuih belimbing dengan gula.




Kuih Belimbing Goreng Bercoklat
Sumber :
mmvitaoils
Gambar : Kak Liza

Bahan-bahan
250 ml air
100 gm marjerin Marvellosso
125 gm tepung gandum
4 biji telur
300 gm coklat masakan yang dicairkan
½ cawan gula ising
1.5 liter minyak masak Serimas menggoreng

Cara Membuat: -
1. Didihkan air dan marjerin Marvellosso dalam periuk.
2. Perlahankan api, masukkan tepung gandum dan dikacau hingga menjadi seperti doh.
3. Sejukkan dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau rata.
4. Panaskan minyak masak Serimas dan isikan doh kedalam bag pastri dan paipkan sepanjang 3 inci kedalam minyak panas. Gorengkan sehingga kekuningan.
5. Cairkan coklat masakan dan celupkan separuh ke dalamnya dan separuh lagi ke dalam gula ising. Hidangkan.




Traditional Mexican Churros

Ingredients:
Vegetable oil, such as Corn or Canola
1 cup water
1/2 cup butter
1/4 teaspoon salt
1/2 cup sugar
1 cup all-purpose flour, sifted
3 eggs
1/4 teaspoon cinnamon

Procedure:
1. In the pan or deep-fryer, heat at least 2 inches of oil to 375 degrees F.
2. In a medium saucepan, heat the water and butter together until butter melts. Add the salt and 1 tablespoon of the sugar. Stir until dissolved. Bring mixture to a full boil. Mix in the flour, stirring vigorously to blend well. Continue mixing until mixture forms a doughy ball, about one minute. Remove from heat after about 30 seconds or the churros will not puff properly.
3. Add eggs one at a time, mixing well after each addition. Continue mixing until all the egg is completely incorporated and the dough is glossy. Set aside to cool and rest for about 5 minutes.
4. Mix remaining sugar and cinnamon in a shallow dish and set aside.
5. Test the temperature of your frying oil. Drop a small ball of the dough into the hot oil. It should bubble up to the surface immediately. If is doesn't, the oil is not hot enough and you'll end up with soggy, greasy churros.
6. Spoon the dough mixture into a cake decorators' piping tube with the largest star tip available. Rolling down from the top, squeeze 4-inch strips of dough into the hot oil. Don't crowd the churros. 3 or 4 at a time is about right. Fry 3-4 minutes, turning once, until golden brown.
7. Remove from the oil with a slotted spoon and set onto paper towels to drain. Roll churros in cinnamon/sugar mixture and serve warm.
8. Keep a napkin handy for wiping the sugar off your chin. Don't even try to wipe the smile off your face. This churros recipe will make you think you've tasted heaven.

Saturday, May 30, 2009

Karipap Kobis/Bunga Kobis/Roti Kobis/Murtabak Lapis

A few days ago i jot down a kubis telur recipe. Ari ni jupa plak resepi yg hampir serupa dgn telur kubis. Mcm2 nama; karipap kobis, bunga kobis, roti kobis, murtabak lapis. P'bezaan yg ketara ialah dr segi inti iaitu telur kubis guna inti ikan, manakala murtabak lapis ni guna ayam/daging sebagai inti. Biasa la org trganu, apa2 inti msti nk guna ikan. Enjoy the recipes...


KARIPAP KOBIS
Kiriman : Kak NoorMasri
Gambar :
Tanjung-puteri

Bahan-bahan inti:
300 g daging cincang
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
minyak utk menumis
5 ulas bawang merah }dihiris nipis
1 bungkus perencah sambal tumis maggi
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup

Cara membuat:
1. Utk membuat inti, gaul daging bersama jintan putih dan serbuk lada sulah
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah hingga layu
3. Masukkan daging, perancah sambal kemudian kacau sebati
4. Setelah daging masak, masukkan daun bawang dan daun sup

Bahan-bahan pastri:
600 g tepung gandum
2 sudu besar majerin
air bergaram secukupnya
5 biji telur

Cara membuat:
1. Bancuh tepung bersama majerin dan air garam
2. Masukkan telur dan uli hingga sebati
3. Ambil doh sebesar ibu jari, canai nipis, bubuh inti dan bentukkan bulat
4. Utk lapisan kedua, ambil doh dan canai (ukurannya perlu lebih besar drp doh pertama), bubuh inti kemudian letakkan pastri pertama tadi di atasnya dan bungkus dgn lapisan kedua
5. Buat lagi utk lapisan ketiga dan goreng hingga keemasan
6. Bila nak makan boleh potong 4, nanti akan kelihatan spt kobis yg dipotong

Nota: kalau nak cantik buat lah sampai 4 lapisan



BUNGA KOBIS
Sumber: Buku Hidangan Warisan Kita
Kiriman :
DianaA

Bahan A (Kulit)
300 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur
75 gram minyak sapi
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (Dikisar Halus)
2 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu makan jintan kasar
1 sudu makan jintan manis
2 ulas bawang putih
3 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia
2 cm kulit kayu manis
garam secukupnya

300 gram daging lembu, dicincang halus
300 gram bawang besar, dihiris
200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris
5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus
50 ml minyak
3 biji telur
450 ml minyak
600 gram tomato, digubahh menjadi bunga matahari
600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak

Cara-caranya
1. Kulitnya: Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan garam dan air secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung epok-epok.
2. Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu bahagian kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih sedikit daripada bahagian kedua dan seterusnya.
3. Intinya: Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging dan sedikit sahaja air untuk mengempukkannya. Apabila daging sudah empuk, angkat dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang, bawang dan lada merah. Gaul rata-rata. Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan kulitnya tadi.
4. Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.
5. Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.
6. Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh inti (bahagian yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu dipunjutkan atasnya (kulit tepung membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan kekuning-kekuningan.
7. Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit, bubuh inti dan siramkann lagi dengan telur. Kemudian bubuh bahagian yang digoreng tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya menutupi intinya. Gorenglah bahagian ini hingga garing dan masak. Ulang lagi proses ini sehingga kesemua bahagian habis. Hendaklah diingat supaya menggunakan api yang sederhana sahaja ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan hangus tetapi mentah didalam.
8. Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan. Bukakan potongan-potongan itu seperti bentuk kobis. Selang-selangkan kelopak-kelopak itu dengan tomato yang dibuat bunga.



Murtabak Lapis Kak Mah
sumber :
pakupakis

Bahan untuk doh(adunan tepung):Diubah suai sedikit mengikut ketepatan/kesesuaian…gomen ne ye kak mah!
1. Gandum - 1/2kg (menghasilkan 4 biji)
2. Majerin - 4 sudu besar
3. Garam - Secukup rasa(2 s/k)
4. Gula - Secukup rasa(4 s/b)
5. Minyak masak - 1/2 cawan untuk merendam
6. Air suam (suhu 60)- 275 ml@1 1/2 cawan jgn penuh

Bahan untuk inti:
1. Daging cincang - 250gram (boleh buat 4 biji)
2. Rempah Kurma Cap Jam- 2 sudu besar dan jadikan pes
3. Bawang putih - 2 ulas
4. Bawang besar - 3 biji}disagat & potong dadu dan halus
5. Garam - Secukup rasa
6. Gula - Secukup rasa
8. Minyak masak - Sebanyak yg perlu
9. Telur - 4 bijik{2 untuk inti+2 untuk masa tebar~pukul sebati)}

Cara membuat inti:
Tumis 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dgn sedikit minyak hinnga garing .Masukkan pes rempah kurma..tumis hingga wangi baru masukkan daging..biarkan sehingga agak masak…selepas itu baru masukkan bawang besar..masak hingga agak kering.Rasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan sejuk baru campurkan telur dan kacau rata.Inti ini juga boleh disediakan sebelah malam.

Cara membuat doh:
1. Tepung diuli dgn air suam yg dicampur (gula + garam)sedikit demi sedikit sehingga agak lembut. Bahagikan kepada 8 doh.Rendamkan dgn minyak dalam bekas tertutup…agak2 terendam jika kurang minyak tambah sikit dan bubuhkan sedikit mentega dikelilingnya.
2. Biarkan semalaman jika mahu makan pagi atau jika mahu mkn petang buatkan di awal pagi.
3. Doh yg diperam di ambil dan dinipiskan/ditebar dgn menggunakan minyak dari doh yg diperam…nipiskan agak lebar dgn cara menenyeh2 guna tapak tgn dengan lembut supaya mengelakkan terkoyak dan dibentuk bulat untuk meletak inti.
4. Letak 2 sudu besar telur dibahagian tengahnya selepas itu pula 2 sudu besar inti ditengah2 dan lipat 4.
5. Goreng dgn sedikit minyak atas dan bawah.Tak perlu garing sangat.
6. Buatkan lapisan nipis satu lagi dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti juga bahagian tengah baru susun murtabak pertama tadi dgn yg lapisan cantik di bahagain atas.
7. Lapiskan lagi dgn 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 4.Boleh digoreng agak garing sedikit untuk bahagian atas dan bawah.Maka dengan ini akan terhasillah@nampak lapisan murtabak bila dipotong kecil2.
8. Bolehlah dihidang dan sedap dimakan panas2 dgn kuah cuka tadi atau kari mengikut kesukaan keluarga anda.


Kuah:
1. Cuka -1/2 cawan+ sedikit air masak,sedikit garam(1 s/k) dan gula(3 s/b)}kacau hingga larut
2. Bawang Besar - 1/2 -1 biji (seeloknya yg warna merah)}disagat halus atau potong nipis2.



Martabak Telur Kubis
Diposkan oleh
evida

Ingredients :
10 buah kulit lumpia/ spring roll
6 buah telur ayam
1/4 bagian kubis, iris halus
2 ikat daun bawang, iris halus
2 siung bawang putih, cincang halus
1/2 sdt merica bubuk
1 sdm ketumbar bubuk
1/2 sdt garam
sedikit konbu dashi/penyedap rasa, jika suka

Directions :
- Campur semua bahan kecuali kulit lumpia. Aduk sampai tercampur rata.
- Panaskan wajan, beri 1 sdm minyak goreng, bentangkan satu kulit lumpia dan isikan bahan isi sampai merata ke semua ujung kulit lumpia lalu tutup kembali atasnya dengan kulit lumpia lainnya. Masak dengan api kecil
- jika kulit lumpia bagian bawah sudah berwarna coklat, balikkan lalu masak sampai bagian kulit lumpia lainnya berwarna coklat matang.
- lakukan terus hal yang sama sampai kulit lumpia dan adonan isi habis.
- enak disantap dengan saus sambal atau kuah cuko dan acar bawang ketimun.



Karipap Kobis
oleh:
alma

Bahan-bahan ( 8-10 biji - utk 3 lapis )

*---- Inti ----*
200g daging ayam cincang (minced chicken meat)
2-3 ulas bawang kecil (shallot)
2 ulas bawang putih (garlic)
1-2sdb cili kisar (kurang/tambah ikut tahap kepedasan yg disukai)
½ sdk serbuk jintan putih (cummin powder)
½ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit telur utk doh pastri lapis kedua & ketiga (atau seterusnya) >> ni optional sbb utk tujuan bg yg dlm tu melekat tp kalau x nak pun x pe.

*---- Doh pastri ----*
3 cawan tepung gandum
3 sdb pastri marjerin
Sebiji telur (gred C)
Sedikit air (ikut kelembutan doh)

Cara-cara
1. *---- Inti ----* Kisar/tumbuk bawang merah & putih. Kemudian, dalam satu bekas, campurkan bhn2 kisar ini dgn cili kisar, cumin & fennel. Gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua campuran bhn2 td, bila naik bau, masukkan minced chic meat. Kacau2. Perasakan dgn garam & gula. Masak daging hgga empuk (tmbh sedikit air jika terlalu kering sbb better lembab2 sket). Dah masak tu angkat lah, then buat doh pastri lak.
2. *---- Doh pastri ----* Dgn mengguna hujung jari shj, gaulkan tepung & pastri marjerin hgga jd serbuk roti. Pecahkn telur dlm bekas berasingan, kacau sedikit sblm dimasukkan ke dalam bekas tepung td.Uli smbil tmbhkan air sedikit demi sedikit (guna sudu) hgga adunan doh jd lembut, licin dan boleh dicanai.
3. *---- Karipap lapis pertama ----*: ambil sedikit doh (saiz kecil sbb ini bhg paling dlm), canaikan nipis sket, kemudian masukkan inti td dan punjutkn kemas2. Saiz tu agak2 sbb ikut lah brp lapis nk buat (kebiasaannya saya buat max 3 lapis sbb tak nak besar2, tapi kalau suka boleh buat hgga 4/5 lapis). Lepas tu, panaskan minyak dan goreng separuh masak, dgn api sederhana, kemudian angkat.
4. *---- Karipap lapis kedua ----*: ambil sedikit doh (saiz lebih besar sedikit dr yg pertama td), canaikan nipis sket, letak sket telur kemudian letak inti. Pastu, ambil satu punjut yg dah goreng td, letak atas inti dan punjut kemas2 lapisan kedua tu (menyaluti yg pertama). Kemudian goreng ½ masak lapisan kedua tu, then angkat.
5. *---- Karipap lapis ketiga ----*: Ulangi proses yg sama dgn lapis kedua tp saiz doh yg lebih besar sedikit. Goreng hingga masak.
6. Belah dua atau empat – baru leh nampak bentuk ala2 kobis tu :)



ROTI KOBIS
Sumber :
maklangzainab
Gambar :
Mamafami

Bahan-bahannya :
1 kg tepung gandum,
500 gram marjerin
1 sudu makan garam
2 biji telur
Air secukupnya

Bahan inti :
1 kg daging kisar
2 bungkus kecil rempah kari daging
5 ulas bawang putih ]
1 inci halia ] dikisar
3 biji bawang besar ]
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar dan lain-lain seperti cara membuat karipap.
2. Tuangkan tepung dalam besen, pecahkan telur, masukkan garam dan marjerin, Buat cara gaul dan ramas. Masukkan air sedikit demi sedikit dan ulis hingga jadi doh seperti doh karipap.
3. Bahagikan doh kepada 7 bahagian – setiapnya lebih besar ikut peringkat. Bermula dari sebesar bola pingpong, besar dan besar lagi.
4. Ambil doh pertama (yg paling kecil) canai dan sapukan telur atasnya, letakkan inti dan bunjut kemas, Uli hingga jadi buat. Goreng dalam minyak banyak hingga kuning dan angkat.
5. Canai doh kedua, sapukan telur, letak inti. Kemudian letak doh pertama yg telah goring tadi ditengah-tengah. Bunjut kemas dan uli bulat dan digoreng.
6. Ulang hingga habis semua doh
7. Bila sejuk, potong dan nampak seperti kelopak kobis.

Friday, May 29, 2009

Celery Juice

I made this drink bcoz' i want to know the taste of celery when making juice. I like celery but usually i ate it on its own; whether masa masak sup or makan mentah2 buat salad. But juice? Not yet. Actually i made this bcoz' i've lots of celery left in my freeze, balance masa buat stew yesterday. I used kak fida's recipe. Celery + apple. Ok gak. First thing came to my mind b4 drinking it was msti rasa celery; rasa mcm akar kayu as my hubby said. But when mixed up with green apple, sedap sgt. Lain kali beli wat lg tp dgr khabar x bleh minum slalu. Tak bagus utk kesihatan. Is it? One more thing, i found out celery can be mixed up with cucumber also. The recipe is below. Next time la cuba bcoz' kt umah takde timun.


Fresh Apple Celery Juice™
Oleh :
kak fida

Bahan-bahan ( 1 gelas besar )
2 biji epal hijau - dibelah 4
1 batang celery - sepanjang 2 jengkal
ketulan air batu - jika suka

Cara-cara
1. Jika menggunakan pemerah buah eletrik,perah celery dulu dan diikuti dgn epal hijau yg dibelah 4.Bubuh ketulan ais jika suka dan terus diminum.
2. Jika menggunakan blender atau pengisar makanan,kisar celery dan epal dengan sedikit air hingga halus,tapis jika suka dan boleh terus diminum.
3. ***Jus ini hendaklah diminum segera untuk mendapatkan zatnya dan utk mengelakkan drpd cepat menjadi lebam.Begitu jugak dgn epal hijau,ketika hendak mengisar barulah dibelah untuk mengelakkan epal kelihatan lebam...
4. **Seperti di dalam gambar tuu...baru bberape min. nk berposing nk amik gambar,dh nk lebam daa...lebam pon lebam lah...minum aje..


Jus Seleri Timun
Posted by
SELERA MALAYA

Bahannya :
1 1/2 batang seleri.
4 hiris timun.
Sepotong lemon
Sesudu madu lebah
Sedikit kiub ais.
Setengah gelas air kosong.

Caranya :
Kisar semua bahan di atas. Siap! Perahan lemon dan madu mengikut selera anda.

Thursday, May 28, 2009

Stew Daging

Mulanya nk buat stew ayam, tp bila tengok harga ayam, mcm malas plak. Mahal la ayam skrg ni. Ari tu bukan main lg murah. Mcm akak yg jual ayam tu ckp, bila cuti skolah & hari perayaan, harga ayam msti naik. Hum...fikir punya fikir, baik beli daging. Dh lama tak mkn daging. Hari2 mkn ayam, bosan gak.
Msti korang terfikir, nape la saya beria nk masak stew. Saya ada nmpak btg celery yg fresh & gemuk, terus saya beli. Murah plak tu. Dh ada celery, kna la cari resepi yg sesuai taruk btg tu. Sup ayam dh biasa sgt. So, buat jer stew, ada kelainan ckit tp nk kna didihkan agak lama la ckit sbb slow cooker blom beli (tak tau la bila nk beli. Bila ckp kt hubby, dia tnya; perlu ke brg tu. Erm, bila dia tnya mcm tu, mcm faham la maksud dia..).


Beef Stew
Posted by
JUNAIDAH (DUNIA DECORATION)

Ingredients :
3 lbs. (about 1.5 kilos) chuck steak - cut into cubes
6 onions
12 small carrots or 6 large carrots
6 potatoes - cut in 4
2 onions - sliced
2 Tablespoons vegetable oil
2 garlic cloves, minced
l/4 cup parsley - chopped
l cup chopped celery
l/2 tsp. thyme
2-l/2 cups canned tomatoes
l/2 cup flour
l cup peas
Salt and pepper to taste

How to Prepare :
1. Brown the beef with a little bit of oil in a saucepan
2. Add the garlic, sliced onions, celery, parsley, thyme, tomatoes, salt and pepper and 2.5 cups of water Bring it to a boil, and then reduce the heat to a simmer
3. Put the lid on the sacuepan and simmer for 2 hours.Add the rest of the veges and simmer for another hour.Blend the flour with 3/4 cups cold water and stir into the stew.Simmer for 5 more minutes.



Daging Stew Bersayur
Sumber: Majalah Jelita Mei 1997

Bahan-Bahan:
1 camca besar minyak sayuran
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dihiris nipis)
300 gm daging (dibersihkan dan didadu sederhana besar)
2 biji kentang (dibuang kulit dan didadu sederhana besar)
1 biji lada benggala hijau (dihiris halus)
1 biji lada benggala merah (dihiris halus)
1 biji lada benggala kuning (dihiris halus)
100 gm saderi (dibersihkan dan dihiris halus)
500 ml pati rebusan ayam (direbus sendiri atau 1 ketul pati rebusan ayam (dibancuh bersama 500 ml air)
3 helai daun salam
sedikit rempah itali
Sedikit Rosemary
Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih sehingga ia layu.
2. Masukkan daging, biarkan ia selama 5 minit. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, kacau sebentar sehingga ia sebati.
3. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk kaserol. Masak ia di dalam ketuhar selama 30 minit, pada suhu 190 darjah Celcius dan masak sehingga daging masak dan kentang empuk.



BEEF STEW
Sumber : nenekglamer

Bahannya;- untuk hidangan 4 orang
2 sudu makan tepung gandum/tepung serbaguna
1 paun daging lembu (dalam 600 gram kot) dipotong dadu
2 sudu makan minyak masak
3 1/2 cawan air rebusan sayuran (biasanya air rebusan karot, celeri, bawang - tapi kalau dah letak sayuran ni dalam stew pun ok rasanya) atau air biasa
2 sudu teh serbuk pati daging lembu - ni biasanya kalau nak rasa lebih 'rich' tapi kalau tak de tak pe.
1/2 cawan bawang besar cincang
2 bawang putih dicincang
1/2 sudu teh daun selasih kering diramas sket untuk keluarkan bau (yg kt botol tu) tapi kalau yg segar lagi baik
1/2 sudu teh daun thyme diramas sket untuk keluarkan bau tapi kalau yg segar lagi baik
2 1/4 cawan kentang dipotong dadu
2 cawan karot dihiris
1 cawan celeri di hiris

Caranya,
1. Letakkan tepung dalam beg plastik and masukkan daging lembu yg dipotong dadu dan digoncang supaya tepung dapat salut daging tersebut. Letak sedikit demi sedikit supaya daging tak melekat2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan daging lembu tu sampai garing tepung salut dia.
3. Tambahkan jus sayuran/air, bawang, serbuk pati daging lembu, bawang putih, daun selasih dan daun thyme. Biarkan mendidih.
4. Bila dah mendidih, kecilkan api, tutupkan periuk dan biar merenih selama 1 hingga 1 1/4 jam atau sampai daging hampir lembut.
5. Tambahkan kentang, karot dan celeri dan renihkan selama 30 minit lagi.
6. Tambahkan garam dan black pepper secukup rasa.
7. Buangkan lapisan minyak yang timbul.



Stew Daging

Bahan-bahanya.
1 kg tulang daging - dipotong dadu dalam 1 inci
5 biji bawang besar - dibelah 4
5 biji bawang puteh - dititik
2 batang besar sadri - potong 5 setep 1
3 batang carrot - dipotong 3 dan dibelah 4
3 biji tomato buah - dibelah 4
1 tin kecil tomato pure
4 biji kentang - potong 4 setiap 1
1 sudu tea lada hitam - dikisar atau ikut suka
2 cawan stock daging
Garam secukupnya
Gula secukupnya.

Cara-caranya
1. Basuh bersih tulang daging lalu toskan.
2. Panaskan periuk lalu masukan stock daging dan masukan pula tulang daging biar ianya mengelegak sekejap.
3. Masukan bawang besar, bawang puteh, sadri, kentang dan carrot. Biarkan ianya merenih dan sekali-sekala kacau agar tidak berkerak.
4. Apabila kuah sedikit pekat dan daging empuk bolehlah masukan lada hitam dan garam kacau lagi.kemudian masukan tomato buah, gula dan tomato pure. kacau rata. biarkan kuah pekat dan daging betul-betul empuk. Lalu bolehlah dihidangkan bersama nasi atau roti.(Sekiranya ingin pedas bolehlah tambahkan sedikit cili giling)

Wednesday, May 27, 2009

Bihun Salut Telur

First time tengok dish ni dlm rancangan ala carte ntv7 kelolaan chef kamarul. Masa tu host undangan penyanyi zahid. Nmpak mmg mcm sedap. Tp my hubby ckp dih ni sebiji mcm mee kungfu sbb mee tu digoreng bsama telur. Klau diikutkn, mmg mcm sama. Prnh la hubby belikn utk saya mee kungfu tp biasa mee kuning tu. Tp kali guna bihun. Dh lama tak mkn bihun sbb hubby kurang bminat dgn bihun. So ari ni tak tau nk masak apa utk dinner, saya cuba masak bihun bsalut telur ni. Jupe resepi yg sama dlm blog puncakkasih, siap dgn gambar. Mmg voila, sedap. Lps tu saya jupe resepi beehoon omellete dlm blog ida. Caranya sama mcm bihun salut telur tu, cuma resepi chef kamarul tu ada kuah. Resepi ida tak payah kuah, cicah jer dgn sos cili. Pun sedap.


Bihun Salut Telur
Sumber :
puncakkasih

Ingredients:

Bahan Bihun
Bihun (rendam biar lembut) 400 gm
(aku dah terai dedua.. rendam kembang dan celur skek bihun tu... celur skek lebih kembang dan lebih lembut dan kenyang lebih.. huhuuhu - kalo bihun jenis lembut tayah celur ahh..bihun aku beli nih brand liat kemain..)
Minyak masak -1 sudu besar
Telur - 2 biji
Daun bawang - 5 gm
Garam- Secukup rasa
Lada putih-Secukup rasa

Bahan Kuah
Udang-100 gm
Sotong-100 gm
Bebola ikan-100 gm
Lobak merah (hiris)-100 gm
Kailan-50 gm
Jagung muda-80 gm
Bawang merah-2 biji
Bawang putih-2 ulas
Tepung jagung (dicampur air)-2 sudu besar
Sos tiram-1 sudu besar
Stok ayam-1 cawan
Garam-Secukup rasa
Lada putih-Secukup rasa

Directions:

Cara Buat Bihun
1. campurkan telur dengan garam, lada putih dan daun Bawang
2. masukkan bihun dan gaul sebati
3. goreng sehingga garing

Kuah
1. tumis bawang merah dan bawang putih
2. masukkan sotong, udang dan bebola ikan
3. masukkan sos tiram dan stok ayam
4. selepas itu masukkan semua sayur-sayuran
5. Perasakan bersama garam dan lada putih.
6. pekatkan dengan tepung jagung
7. Hidangkan bersama bihun



Beehoon Omelette
Source :
Ida

Ingredients
100 g thin rice noodles, beehoon noodles
6 large eggs
1 white onion, minced
1 cup minced beef
1 small carrot, cubed
1 tomato, remove seeds, cubed
1, remove seed, thinly sliced
1 stalk spring onions, finely sliced
seasoning
chicken bouillon cube
sugar and pepper
2 tablespoons oil
2 tablespoons oil, extra

Directions
1. Soaked noodles in hot boiling water until soft and drain.
2. Beat eggs in large bowl for 1 minute, add seasoning and beat till combine. Pour eggs mixture over noodle.
3. Heat oil in a small pan or skillet. Stir fry carrots, onions, mince beef for 5 minutes. Drain and mix with eggs and noodles mixture. Mix in tomato, red chillies and spring onion.
4. Heat oil, pour half of the eggs noodles mixture and cook over low heat for 3 to 5 minutes on each side or until done.
5. Repeat with the other half of the mixture.
6. Remove from heat and cut into wedges.
7. Serve hot. Dip in tomato or chilli sauce.

Tuesday, May 26, 2009

Telur Kubis

Dh lama cari resepi ni, tp susah sgt nk jupe. Dulu saya pn tak prnh dgr nama kuih ni. First saya dgr dr suami saya. Ari tu masa majlis btunang cousin hubby kt damansara damai, his auntie sempat buat kuih ni. Mak cik dia ni mmg pakar buat kuih ni. Dulu masa dia muda2, dia keje buat & jual kuih & kuih telur kubis ni kiranya speciality dia. Mmg sedap sbb inti dia ikan. (ish ish ish, mek trganu ni tak abis2 dgn ikan, hehehe..). My hubby ckp, nnti kitaorg blik kg dia, bleh blajar buat kuih ni dgn mak cik dia. Ari tu ada ckp kt mak cik dia nk blajar. Mak cik dia ok jer. Suka sgt bila ada org nk blajar buat kuih ni sbb tak ramai yg tau buatnya.
His auntie ckp tak semestinya letak kubis dlm kuih tp. So its significant name dtg drp bentuk spt kubis bila kuih tu dipotong. Blapis2 mcm kubis. Baru saya tau. Happy sgt bila jumpa resepi kuih ni dlm site sahak21. Siap dgn gambar skali. Kuih ni mmg sedap, sy jamin sbb saya dh mkn. Hubby saya yg cerewet bab makanan & kuih pn sgt menyukai kuih ni.


Telur Kubis
Sumber :
sahak21

Bahan-bahan kulit:
500gm tepung gandum
1 gelas air suam
1 camca besar Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kulit:
1. Campurkan semua bahan dan uli.
2. Bulatkan doh sederhana besar.

Bahan-bahan inti :
2 ekor ikan kembung; rebus dan asingkan tulang (hancurkan isinya)
5 biji bawang merah, dihiris halus
1 cm halia, dihiris halus
1 cawan pati santan
400 gm kubis, dihiris halus
6 biji cili merah, dihiris halus
15 biji bawang kecil, dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara membuat inti:
1. Kisar cili dan bawang putih
2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan kacau perlahan-lahan hingga terbit minyak sampai wangi
3. Masukkan isi ikan kembung dan sayur kubis. Kacau.
4. Masukkan garam dan gula.

Bahan-bahan sos:
5 biji cili merah }
3 ulas bawang putih } dikisar
½ cm halia }
2 camca besar cuka
3 camca besar air asam jawa
½ cawan air
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat sos:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama cuka, air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

Cara-cara membuatnya:
1. Canai doh dan masukkan inti bersama-sama telur. Lipat segi empat.
2. Gorengkan di atas api sederhana hingga kuning keemasan.
3. Canaikan satu lagi doh. Angkatkan doh yang telah digoreng, letakkan di atas doh tadi.
4. Balutkan sekali lagi. Goreng semula hingga kuning keemasan


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).