Dh lama tak mkn kuih kayu keramat ni. Org tpt saya panggil kayu khammat. Ada org kata kuih ni mcm kuih pak tungku tp bg saya yg dh biasa mkn kuih ni sejak dr azali, mmg berbeza. Biasa org buat kuih kayu keramat ni lbih keras ckit dr pak tungku. So bila goreng, kulit dia lg garing & teksturnya lbih padat ckit klau nk compare dgn pak tungku. Saya msih ingat masa gi kursus kawin kt bangunan cahaya suria. Masa tu masa rehat, mkn kuih pak tungku ni. Tiba2 penceramah dia ckp, klau ada kayu khammat, msti lg sedap. Dia ni org trganu. Masa tu terbyg la kesedapan kuih tu. Sedapnyer bila dicicah dgn air teh panas. Since kayu keramat ni agak padat teksturnya, sbb tu sedap cicah dgn air teh/kopi panas. Cicah sos cili pn sedap, lg sedap jika dicicah dgn sos yg dimkn dgn keropok lekor tu.
Semlm cuba buat kuih ni atas saranan my hubby. Sepjg hidup saya, saya blom prnh buat kuih ni. Selama ni pn, mkn yg mak saya buat. Saya ni tolong goreng jer. Nasib baik jd. Thanx maslinda for the recipe. Rupanya my mom's recipe pn sama.
Semlm cuba buat kuih ni atas saranan my hubby. Sepjg hidup saya, saya blom prnh buat kuih ni. Selama ni pn, mkn yg mak saya buat. Saya ni tolong goreng jer. Nasib baik jd. Thanx maslinda for the recipe. Rupanya my mom's recipe pn sama.
ROTI KERAMAT aka KAYU KERAMAT
Sumber : maslinda 123
Bahan
5 cawan tepung (guna cawan kecik tu je - mama guna cawan sukat beras 200ml tu)
1 sk ibu roti (yis)
secubit soda karbonat
1 1/2 gelas air suam
1 gelas gula
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
Cara
1. Kacau gula dalam air suam
2. Masukkan ibu roti dan kacau lagi
3. Tambah telur dan kacau lagi
4. Ayak tepung bersama soda karbonat dan gaul sedikit2 dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati
5. Biarkan sehingga adunan naik 2x ganda
6. Tarik adunan sedikit2 ikut bentuk yang kita nak (biasanya bentuk dia panjang2) dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana
7. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan
8. Boleh le ngap.. mudah dan sedap...
Kayu keramat
Sumber : siticomel
Bahan-bahan A:
230g tepung gandum berprotein tinggi
5 sudu besar gula
1 sudu besar yis kering(mauripan)
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar tepung naik sendiri(SRF)
1 sudu teh pelembut roti-optional
1 sudu teh pemantap roti-optional
¾ sudu teh garam
Bahan B:
1 biji telur
65ml-80ml air sejuk (dalam peti sejuk), tp guna air paippun bolehlah….
Bahan C:
2 sudu besar marjerin atau minyak sayuran
Cara :
1. Masukkan bahan-bahan A kecuali garam ke dalam satu bekas. Gaul kemudian baru masukkan garam.
2. Satukan bahan B dan masukkan sedikit-sedikit ke dalam gaulan tepung tadi. Gaul adunan hingga semua bahan tepung tadi bersatu.
3. Masukkan marjerin atau minyak sayuran. Gaul lagi hingga bersatu semua dan uli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Cara menguli ialah dengan cara tolak dan lipat. Masa menguli lebih kurang 10 minit.
4. Jika masih melekat, tambahkan sedikit tepung . Jika sudah tidak melekat, tidak perlu letak tepung.
5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang telah dilengserkan dengan marjerin atau minyak supaya doh roti tidak melekat. Tutup dengan cling wrap atau tuala lembap.
Biarkan roti hingga naik 2 kali ganda asal (lebih kurang 45-60 minit).
6. Apabila naik 2 kali ganda, tumbuk roti untuk keluarkan udara.
7. Bahagikan kepada 3 bahagian. Ambil satu, dan canai 4 segi tepat setebal 1cm, dan lebarnya lebih kurang 3 inci. Potong memanjang lebar setiap satu 1 inci.
8. Ikut langkah yang sama kepada 2 bahagian lagi. Biarkan seketika(lebih kurang 10 minit) sebelum menggoreng.
9. Tarik-tarikkan doh sebelum masukkan ke dalam kuali dan goreng menggunakan api perlahan supaya tidak mudah hangus dan bahagian dalamnya masak sepenuhnya.
10. Biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kayu Keramat
Sumber : Nor Suraida Yahya
Bahan2nya senang je....Tepung, gula, yis, soda bikarbonat,susu tepung,telur, garam dan marjerin...
Resepinya tak adalah susah sangat...eda wat pun tak adalah sukat-menyukat...eda main campak2 je
KAYU KERAMAT
Sumber : Selendang Biru
BAHAN-BAHAN:
500 gm tepung gandum
375 ml air
3 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak
1 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan.
Pastikan adunan tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli sehingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar tidak melekat. Uli dan bentukkan memanjang.
5. Pijarkan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment