- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, May 10, 2009

Sira Pisang

Sira pisang ni favorite my hubby. Me too but my hubby mmg 'hantu' bab2 sira pisang ni, especillay pisang nangka. Utk minum petang ari ni i make sira pisang using the following recipe. Coincedently kt umah ada pisang nangka. Boring gak ari2 mkn pisang goreng. But i've one more recipe, my mom's recipe actually, simple & jimat masa. First, she peeled the banana & then steam the banana until the banana soften. After that, put the soft banana in a plate/bekas, then sprinkle the sugar onto the banana as much as u like. U either can eat it on the spot or let the sugar, then u can eat. Yum, yum.


Sira Pisang
Gambar :
hajar

Bahan-bahan:
6 biji pisang nangka masak - dibuang kulit
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit bunga cengkih
Sedikit kapur
Sedikit pewarna kuning - optional
Daun pandan

Cara membuat:
1. Ambil pisang nangka tadi & rendamkan ia ke dalam air kapur selama 15 minit.
2. Kemudian basuh & toskan ia.
3. Sementara itu, masukkan gula & air ke dlm periuk & didihkan bersama daun pandan & bunga cengkih.
4. Selepas menggelegak, masukkan pewarna kuning ke dalam air gula tersebut.
5. Kacau sehingga sebati. Setelah itu, masukkan pisang yang telah ditos & tunggu sehingga mendidih sebelum dihidangkan.



Sira Pisang
Sumber :
suejoshua

Bahan-bahannya:
4 biji pisang dipotong-potong (ikut suka nak pisang yang disukai)
3 biji bunga cengkih
1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lagi gula)
4 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
Masukkan air, gula, garam, bunga cengkih dan daun pandan didalam periuk, letakkan periuk diatas api yang sederhana dan masak hingga gula larut, masukkan sedikit pewarna kuning dan gaul rata, akhir sekali masukkan pisang yang telah dipotong tadi, gaul sekejap dan bila pisang masak bolehlah ditutup apinya, sejukkan dan masukkan didalam peti sejuk, bila sejuk bolehlah dihidang.



Sira pisang special
oleh :
nor_67

Bahan-bahan ( 5 org makan )
7 biji pisang nangka
500ml air
4 sudu besar gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
aiskrim - apa2 perisa pun boleh

Cara-cara
1. Potong pisang dan masukkan kedalam periuk. Masukkan air, gula dan daun pandan.
2. Masaklah sehingga mendidih. Apabila pisang menjadi lembut, masukkan telur dan biarkan mendidih seketika lagi
3. Padamkan api. Jgn masak terlalu lama nanti pisang jadi terlalu lembik. Sejukkan dan kalau nak lebih sedap bila sejuk masukkan kedalam peti ais.
4. Bila nak hidang, masukkan sira pisang tadi kedalam mangkuk dan scoopkan aiskrim keatasnya..
* Dessert ni sangat sedap dimakan ketika berbuka puasa.



Sira Pisang (bananas cooked in heavy syrup)
Posted by
Mr. and Mrs. Mokhsin

Ingredients:
5 bananas , halved (I used pisang abu )
1/2 cup of water
1/2 cup of sugar (if your not a sweet tooth, lessen the sugar amount)
5 cloves (bunga cengkih)
1 piece of pandan leaf.

Method:
-In a pot, arrange the bananas and then add in the water ,sugar and cloves.
- cover the pot and cook under low heat until the syrup is concentrated.
- Once the bananas are cooked (if it is soft,that means it is cooked through), turn off the heat and let it cool before serving it. Sira Pisang is best served cold.



Pisang sira
oleh:
merpati66

Bahan-bahan ( bergantung kepada berapa biji pisang digunakan )
1 sisir pisang Raja, tapi boleh pilih pisang lain2 pun
Gula pasir
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
1. Panaskan minyak ,bila dah panas goreng pisang hingga kekuningan dah angkat
2. dlm bekas taburkan gula pasir sedikit hingga permukaan bekas tertutup n letakan pisang yang sudah digoreng tadi kemudian ditaburkan gula pasir lagi diatas pisang dan tutup cepat2 supaya gula menjadi sira.
3. biarkan hingga gula menjadi sira baru lee boleh dihidangkan.


Sira Pisang
Sumber : razaime

Bahan A:
- 3 biji pisang nangka
- 500 gram gula kastor
- 4 biji bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 titik pewarna kuning

Cara membuat:
1. Masakkan gula di atas api yang perlahan sehingga warna bertukar menjadi kekuning-kuningan.
2. Sesudah itu masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis, pewarna kuning dan pisang.
3. Biarkan pisang itu sebati dan boleh dihidangkan.



Sira Pisang
Sumber :
kak cik

bahan2 :
1 sisir pisang raja/nangka, guna pisang lain2 pun ok jugak
gula pasir & minyak untuk mengoreng.

caranya:-
1. panaskan minyak, goreng pisang hingga kekuningan
2. dlm bekas kedap udara, taburkan gula hingga semua bekas tertutup
3. bila pisang dah kuning angkat n terus letak atas taburan gula tapi dan
4. taburkan sekali gula atas pisang dan tutup bekas.
5.Ulang proses hingga abis pisang digoreng.
6. hidangkan bila gula dah menjadi sira,ada org suka letak daun pandan biar wangi
ada pulak suka letak honey .



Sira Pisang
Sumber :
enche's

Bahan
12 Pisang (pisang abu, berangan atau lain-lain atau juga labu atau ubi kayu)
8 sudu besar Gula,
3-5 Tangkai Bunga cengkih
2 helai Daun Pandan
2 gelas air (atau paras tenggelam)
sedikit pewarna kuning
dan periuk tembaga

cara-cara:
Masukkan semua bahan tadi masukkan air sehingga paras tenggelam bahan itu. Jerang atas api sederhana besar sehingga air gulanya likat. Kacau sekali-sekala sahaja. Periuk tembaga adalah yang terbaik kerana gula lambat hangus jika di masak di dalamnya. Tetapi jika tidak ada kuali atau periuk biasa pun boleh digunakan.



Sira Pisang
Kiriman :
Azura
Sumber :RASA ~: Disember 2007 :~

Bahan-bahan:
20 biji pisang dibuang kulit
air kapur secukupnya
480 gm gula (sesedap rasa, manis sgt ni)
100ml air
2 helai daun pandan

Cara :
1. Pisang dibasuh dengan air kapur.
2. Panaskan air, gula dan daun pandan di dalam periuk sehingga mendidih.
3. Masukkan pisang dan masak sehingga nampak berkilat.
4. Angkat dan sejukkan

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).