- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, May 8, 2009

Laksa Goreng

Its wierd when i heard of laksa goreng. It's a common thing with pasta goreng, beehoon goreng or mee goreng but laksa goreng? I've no idea that laksa can be fried. So no harm for me to try it. Right? Tak nak citer byk2, so kita layan je la recipe laksa goreng ni...


Laksa goreng
oleh: sayang79

Bahan-bahan ( unt 1 family )
1 kg mee laksa
2 sudu makan udang kering
10 batang lada kering
2 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
300gm udang
200gm daging kisar
beberapa batang sayur sawi
minyak unt mengoreng
2-3 sudu makan sos tiram
garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1. kisar bawang besar,bawang putih,lada kering dan udang kering
2. tumis bahan2 kisar tadi hingga garing
3. masuk kan sos tiram dan garam
4. kemudian masuk kan udang dan daging kisar
5. setelah itu masuk kan mee laksa dan sayur sawi setelah itu boleh lah dihidang kan..




LAKSA GORENG
Sumber :
Kak Rossya

Bahan-bahan;
2kg mee taibak (mee chendol)
500g tauge
segenggam daun kesum
750g ikan bawal atau ikan kembung (kak rossya guna ikan tenggiri )
(ikan disteam, dibuang tulang dan isinya dikisar halus)
30g ikan bilis dikisar
10g kunyit hidup dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 1/2 biji bawang besar dikisar
80g kelapa parut dibuat kerisik
2 sudu makan lada kisar (tambah jika mahu pedas)
10g lengkuas dititik
1 batang serai dititik
4 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
3 sudu makan serbuk rempah kari ikan
5 biji lamu kasturi (ambil jusnya)
minyak untuk menumis
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan kuali, tuangkan minyak. Tumis bahan kisar dan lada kisar. Gaul rata. Masukkan rempah kari ikan, kerisik, ikan rebus, serai dan lengkuas. Tumiskan hingga wangi.
2. Tuangkan santan dan jus limau kasturi. Kacau rata, jangan sampai berkerak. Masukkan garam dan gula jika suka. Masak hingga pekat.
3. Masukkan mee, daun kesum dan kacau hingga rata dan kering. Tambah apa yang kurang. Akhir sekali masukkan tauge, gaul rata dan segera matikan api.
4. Hidangkan bersama bawang goreng, fishcake atau fishball dan tahu kering yang sudah digoreng.




Mee laksa goreng
Posted by
Nana Sidek (Kak N)

Bahan-bahan:
1 kg mee laksa, direndam
2 keping fishcake, dihiris
200g daging kisar
4 ulas bawang putih
segenggam udang geragau kering, diremdam sebentar
2 sudu besar tauco, dicuci
4-5 sudu besar cili kisar
100g kucai, dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Bawang putih, udang geragau kering dan tauco di kisar.
2. Tumiskan bahan kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan daging kisar dan goreng hingga agak kering dan masukkan fishcake. Masukkan garam dan gula, kacau sebentar dan masukkan mee laksa dan kacau hingga rata. (Jika gunakan mee hoon, tambahkan 1/2 cawan air dan masak hingga mee lembut). Akhir sekali, masukkan daun kucai dan gaul hingga rata.




Laksa Goreng
Sumber :
asleez

bahan2:
Laksa
bawang merah ]
bawang putih ]blend
cili kering ]
ayam
sawi
telur
Garam & ajinomoto

cara2:
Memula, panaskan minyak lam kuali. Pastu, masukkan cili blender (cili kering + bawang merah + bawang putih) & kacau2. Then, masukkan lak ayam yg dah dipotong2. Kacau lagik. Pastu, masukkan sawi & kacau sampai sawi ngan ayam tu agak masak. Baru la masukkan laksa. Pecahkan telur kat atas laksa tuh, kasik pekat sket. Kacau sampai sebati, then angkat, idangkan. Ooppssss..!!! Jgn lupa masukkan 'pak aji' & garam seshedap rase.



Laksa Goreng AKU
Kiriman: Kerull

Bahan-Bahan:
Mee Laksa 1 Bgkus
Garam
Lada hitam
Kicap Cair / manis Sesudu
Sos Tiram 3 Sudu

Bahan A :
Bawang besar
bawang putih - Kisar Semua Bahan
Cili padi - ikut suka
Sardin Cap Ayam( Tin Besar ) - Hancur kan

Bahan B :
Tomato 2 Biji - hiris sederhana
Kubis Bunga ikut suka
Kubis cina
Taugeh

Cara:
1. Rebus / celur mee laksa ( kalau dalam peket ) kalau beli kat pasar yang buat sendiri punya tu tak payah.
2. Kisar bahan A dan tumis hingga naik bau dan masak masukkan sedikit air , garam dan Lada hitam , kicap cair dan sos tiram. Biarkan ia merenih sebentar.
3. Masukkan Kubis Bunga , Tomato dan Kubis cina dan mee laksa tadi.
4. Gaul rata dan sebelum angkat baru masukkan taugeh.



Laksa Goreng Sarawak
Kiriman: Chef Li

Bahan-Bahan:
Laksa direbus dengan sedikit minyak dititiskan
Bawang merah dan bawang putih dicincang
Udang kering
Cili giling
Sos tomato
Kicap manis
Garam
Gula Udang basah
sotong
Daun bawang
Daun sup
Telur 2 biji

Cara:
1. Tumis bawang , cili, udang kering hingga garing.
2. Masukkan udang sotong dan tumis hingga masak.
3. Masuukkan kicap dan sos tomato.
4. Masukkan telur dan laksa gaul hingga sebati. Masukkan tauge dan daun sup serta daun bawang.
5. Rasa garam secukupnya.



Laksa Goreng
Sumber :
rosliza

Bahan-bahan:
Sebungkus laksa yang telah siap kembang, cuci bersih dulu
5 tangkai sawi, disiang
1/4 kobis, dihiris halus
20 biji cili padi, ditumbuk halus (ikut suka korang la nak pedas macam mana)
6 biji bawang merah, ditumbuk halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu sedang belacan
2 sudu besar sos tiram
15 kuntum cendawan hitam, direndam hingga lembut dan kemudian dihiris
3 sudu kicap pekat
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara membuatnya:
Panaskan minyak di kuali dan kemudiannya tumis bahan tumbuk bersama belacan hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan sawi, kobis dan cendawan. Kacau rata. Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, garam, gula dan serbuk perasa. Apabila melegak... masukkan laksa dan kacau rata hingga agak kering sedikit. Siap laksa goreng. Bolehlah dingap!

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).