Ala, kecik la plak picture ni. Ni rebung yg blom dikopek kulit luarnya. Bila dh dikopek, terserlah la isinya yg putih & kadang2 kekuningan. Kt kg saya mmg banyak rebung ni. Tak payah beli. Tak pernah beli pn sbb bila nk mkn rebung, pegi je kt kebun. Carila kt perdu buluh, msti ada. Fresh lg. Tp kna la hati, takut nnti kna miang buluh.
Dulu masa duduk kt kg, tak kenal rebung masam @ rebung jeruk ni sbb tak prnh nampak org jual.Dtg kl baru la tau wujudnya species ni.
Semlm as usual singgah kt pasar mlm. Saya suka gi kt satu gerai ni. Dia jual pelbagai sayuran kampung yg agak sukar nk dpt. Kadang2 kita x expect pun sayur tu dijual tp tpt dia ada. Salah satunyer rebung. So semlm sambar la 1 batang yg sederhana besarnyer. Cukup la sbb saya pn mkn sorang jer. Hubby tak mkn. Lepas tu beli cili besar & ikan selayang/sardin. Ni important ingredients sbb saya nk masak sayur lemak putih rebung. Ni yg slalu mak saya masak & i love it.
Dulu masa duduk kt kg, tak kenal rebung masam @ rebung jeruk ni sbb tak prnh nampak org jual.Dtg kl baru la tau wujudnya species ni.
Semlm as usual singgah kt pasar mlm. Saya suka gi kt satu gerai ni. Dia jual pelbagai sayuran kampung yg agak sukar nk dpt. Kadang2 kita x expect pun sayur tu dijual tp tpt dia ada. Salah satunyer rebung. So semlm sambar la 1 batang yg sederhana besarnyer. Cukup la sbb saya pn mkn sorang jer. Hubby tak mkn. Lepas tu beli cili besar & ikan selayang/sardin. Ni important ingredients sbb saya nk masak sayur lemak putih rebung. Ni yg slalu mak saya masak & i love it.
Pucuk Rebuk Masak Lemak Putih
Sumber : My Mom
Gambar : princessharyati
Bahan-bahan:
1 batang rebung segar - dicincang halus/memanjang, kemudian dicelur hingga lembut
1 biji bawang besar -dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 cawan pati santan
1 ekor ikan selayang/sardin - direbus & diasingkan isi
Garam & serbuk perisa
Cara-cara:
1. Rebung yang telah dicelur perlu ditoskan air hingga kering.
2. Masukkan rebung, santan, bawang besar & cili merah ke dalam periuk. Kacau.
3. Masukkan isi ikan & kacau hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.
5. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
6. Biarkan sebentar, kemudian boleh dihidangkan.
* Masakan ini tidak perlu dimasak terlalu lama kerana rebung telahpun masak apabila dicelur terlebih dahulu.
* Proses mencelur adalah bertujuan untuk membuang miang rebung & seterusnya melembutkannya.
Rebung masak lemak putih
oleh : princessharyati
Bahan-bahan ( seisi keluarga )
4 rebung di hiris seperti dalam gambar
2 cawan pati santan
1 gengam ikan bilis
2 biji bawang merah hiris kasar
1 tangkai serai di titik
1 tangkai daun kucai di potong seperti dalam gambar
garam
lada putih
Cara-cara
Masukkan santan , serai dan ikan bilis di dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih , kemudian masukkan rebung , daun kucai , garam , lada putih dan bawang, kacau perlahan sehingga rebung lembut. Siap.
LEMAK PUTIH PUCUK REBUNG
SUMBER : ynamorata
Bahan:-
1 biji rebung sederhana besar - dihiris nipis
1 genggam ikan bilis - ditumbuk kasar
2 biji bawang merah - dihiris
1 tangkai serai - dititik.
5 tangkai cili padi - ditumbuk halus
2 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Cara:-
- Masukkan santan,serai,cili padi,bawang dan ikan bilis dlm periuk
- Kacau perlahan-lahan sampai mendidih.Kemudian masukkan rebung dan garam secukup rasa
- Kaco perlahan-lahan sampai rebung lembut. Angkat & hidangkan
Masak Lemak Rebung
Oleh : Delila
Bahan-bahan ( 4 org )
500 g rebung masam (racik kasar)
10 biji cili api (tumbuk lumat)
50 g ikan bilis
1 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan MSG secukupnya
2 cawan air
Minyak utk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak.Masukkan ikan bilis dan goreng hingga separuh garing.Masukkan bawang merah dan bawang putih.Biarkan sebentar.
2. Masukan air dan rebung.Biarkan mendidih.Masukkan cili, kunyit dan santan.Kacau sebati.Masukkan pula garam, gula dan MSG.Masak hingga sedikit pekat.Siap utk hidangan.
No comments:
Post a Comment