Dah lama x mkn spaghetti & tiba2 ari ni terasa nak mkn lak. Ni seme gara2 tengok satu rancangn masakan kt TV & resepinye adalah spaghetti meatball. My hubby plak ckp nmpak sedap. Saya blom prnh lg buat spaghetti mcm ni. Luckily my hubby volunteer nk belikn seme bhn2 tu. Ari2 mkn daging, makin bulat la kitaorg bdua ni...
Today i made my own meatball, lg sedap compare to ready made meatball. Tp klau guna ready made meatball, senang, x payah nk bancuh itu & ini. Tak kesah la susah ckit pn, jnji sedap. So for those of u yg nak cuba buat spaghetti meatball, i jot down recipes here, using hand made meatball & ready made meatball. Mn2 je la, ikut selera masing2.
Today i made my own meatball, lg sedap compare to ready made meatball. Tp klau guna ready made meatball, senang, x payah nk bancuh itu & ini. Tak kesah la susah ckit pn, jnji sedap. So for those of u yg nak cuba buat spaghetti meatball, i jot down recipes here, using hand made meatball & ready made meatball. Mn2 je la, ikut selera masing2.
Spaghetti Bebola Daging
Oleh : Ida
Bahan-bahan
Bahan-bahan untuk meatball:
2 pound daging kisar
2 biji telur
1 cwn cream
1/2 cwn tepung serbaguna atau 1/2 cwn serbuk roti
1 biji bawang besar - dicincang halus
1/4 sdt all spice
garam dan lada putih secukup rasa
Bahan-bahan untuk sos spaghetti:
Bebola daging (meatball)
1 jar (bersaiz besar) sos pasta/spaghetti (sebarang perisa)
1 tin tomato
1 tin cendawan butang - toskan air dan dipotong nipis
1 biji bawang besar putih - dicincang
1 biji lada hijau/merah/kuning besar - dipotong kiub
2 biji tomato- dicincang
minyak zaitun untuk menumis
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sdb serbuk cili/cili boh
1 beef cube/ atau 2 sdt serbuk perisa daging knorr
garam dan gula secukup rasa.
Daun oregano dan basil
Parutan cheese parmesan/cheddar
Cara Membuat
1) Cara membuat meatball:
Gaul semua bahan sehingga betul-betul bercampur. Bentukkan menjadi bebola bersaiz 1 inci dengan tangan.
2) Panaskan 3 sdb minyak. Masukkan meatball dan goreng dengan api sederhana selama 20 hingga 25 minit. Golek-golekkan meatball supaya masak sekata.
3) Angkat dan letakkan ketepi.
Cara membuat meatball sauce:
4) Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan cili boh. Kacau sebentar
5) Masukkan sos pasta dan tomato tin. Kacau lagi. Masukkan lain-lain bahan. Masak sehingga mendidih. Masukkan bahan perisa, daun oregano dan basil.
6) Hidangkan dengan spaghetti atau macaroni.
Taburkan cheese.
Spaghetti Pedas Bebola Ayam Keju
Kiriman: Zarina Asma bt Che Ani
Gambar : juliherman
Bahan-Bahan:
1 bungkus spaghetti.
1 bungkus daging ayam cincang(Ramly)
10 biji tomato merah - cincang halus
2 batang celery - cincang halus
2 biji cili merah - cincang halus
1 biji kentang - diparut halus
1 batang carrot - di parut halus
2 camca kecil Italian Herbs (terdapat di semua supermarket)
1 tin sederhana tomato puri
3 tin (guna tin tomato puri) air.
2 camca besar parutan cheddar cheese.
2 camca besar parutan parmesan cheese.
1 camca besar parutan mozarella cheese.
1 camca kecil Maggi Chicken granules.
Gula dan garam secukup rasa.
Cara:
Rebus spaghetti dengan 1 camca besar minyak zaitun hingga lembut. Selepas tapis ,basuh spaghetti dengan air sejuk.
untuk kuah:
1. Tomato di rendam dlm air mendidih selama 2 min dan di keluarkan dan rendam dlm air sejuk supaya kulit nya senang di keluarkan. Lepas itu keluarkan biji tomato dan cincang isi tomato halus halus.
2. Panaskan 3 camca besar minyak zaitun. Tumis bawang merah yang di cincang dan biarkan sehingga bawang berwarna lutsinar.Lepas itu masukkan celery dan biarkan hingga lembut.
3. Masukkan tomato cincang , cili merah ,parutan ubi kentang dan parutan carrot.
4. Selepas itu masukkan 2 camca kecil italian herbs.
5. Masukkan tomato puri dan air.
6. Gaul daging ayam dgn garam dan lada sulah dan di kepal bulat bulat dan dimasukkan kedalam kuah.
7. Masukkan Maggi Ayam Granules (1 camca kecil) , gula dan garam.
8. Bila kuah dah mendidih , masukkan 3 jenis parutan keju itu.
9. Masak kuah ini selama 30 minit dgn api perlahan.
Cadangan Hidangan:
Lebih enak jika ditaburkan parutan keju sebelum makan.
spaghetti meatball (bebola daging) - untuk makan 4 orang
Sumber : pesonabatik
Bahan bahan:
1 bungkus spaghetti mentah
20 (atau terpulang kepada kemahuan) bebola daging (meatball)
celery, asparagus, salad, sosej, lobak merah (carrot)
3 ulas bawang putih
serbuk parsley
sebotol kuah spaghetti tomato
Cara cara:
Penyediaan spaghetti:
1. Masak dan toskan sebungkus spaghetti mentah sehingga kering.
2. Gaulkan spaghetti yang telah kering tadi dengan marjerin atau minyak masak untuk menghalang spaghetti daripada kering dan melekat
3. Sediakan salad segar untuk sayuran tambahan berasingan
Penyediaan kuah spaghetti:
1. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dalam kuali sehingga naik bau
2. Masukkan kuah spaghetti bersama bawang putih yang ditumis. Gaul hingga panas. Tambahkan sedikit serbuk parsley
3. Tuangkan meatball (boleh masukkan sebiji sebiji atau potong separuh jika terlalu besar) ke dalam kuali. Tambah air jika perlu. Masak dalam kira kira 5 minit untuk melembutkan meatball tadi
4. Masukkan bahan bahan lain seperti sosej dan sayur sayur yang telah dipotong. Tunggu hingga 5 minit lagi
5. Tuang kuah spaghetti ke dalam bekas.
6. Kuah meatball dan spaghetti boleh disediakan berasingan atau terus dicampur, bergantung kepada selera atau kemahuan.
Spaghetti Metaballs
Gambar : sawanila.com
Bahan-bahannya :
Sebungkus spaghetti ( direbus dengan sesudu olive oil dan secubit garam )
Untuk bebola daging:
500g daging cincang
Sebiji bawang besar
Sebiji telur
Sedikit daun bawang
Garam dan serbuk lada hitam
1/2 cawan breadcrumbs
Untuk sos nya :
1 sudu besar campuran bawang merah,bawang putih dan halia kisar
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos pasta - saya gunakan Dolmio Pasta Sauce
1 sudu besar tomato sos
Sedikit cendawan butang
Sedikit tomato dipotong kecil
Garam,gula sebagai perasa
* Hiasan - sedikit daun parsley dan serbuk Parmesan cheese
Cara-caranya :
Bebola daging
1) Di dalam mangkuk besar, campurkan daging,bawang,telur,daun bawang,garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
2) Masukkan breadcrumbs dan gaul lagi.
3) Buatkan bebola daging hingga adunan habis.
4) Goreng sebentar.
Sos bebola daging :
1) Tumis bahan kisar dan cili kisar dengan menggunakan lebihan minyak menggoreng bebola daging tadi.
2) Masukkan sos pasta dan tomato sos.
3) Masukkan cendawan dan tomato diikuti garam dan gula. Kacau dan biarkan mereneh dengan api perlahan.
4) Masukkan bebola daging tadi. Kacau dgn api perlahan hingga masak.
Cara menghidang :
1) Di dalam pinggan, letakkan spaghetti.
2) Tuangkan sos ke atasnya diikuti beberapa ketul bebola daging.
3) Tabur daun parsley dan serbuk Parmesan cheese.
4) Spaghetti meatballs sedia untuk dimakan.
Spaghetti Bolognaise & Meatballs
Sumber : hajar
Bahan-bahan: (tiada kuantiti yg jitu, main belasah je...)
Spaghetti
Bawang merah-dadu
Bawang putih-cincang halus
1 tin chopped tomatoes
Sayur campur ( frozen punya)
Sedikit sos cili
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit keju
Cara-cara:
1. Spaghetti direbus bersama sedikit garam + minyak hingga lembut, toskan airnya dan gaul dgn sedikit butter - ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang hingga naik bau
3. Masukkan chopped tomatoes, sos cili dan lada hitam, kacau
4. Apabila mendidih masukkan sayur campur dan sedikit keju, renihkan seketika
5. Perasakan dgn sedikit garam sebelum diangkat
Meatballs
Bahan-bahan:
Daging cincang
Bawang merah-dipotong dadu
Sedikit tepung jagung
Sedikit rempah kari
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Gaulkan semua bhn, kepalkan menjadi bentuk spt bebola
2. Gorengkan dlm minyak yg banyak hingga masak
Hidangkan spaghetti bersama meatballs dan tuangkan kuah di atasnya
Spaghetti Meatballs ala Saya
Sumber : Prettysweetz
Bahan2
1 bungkus spaghetti atau any pasta (dicelur dalam air mendidih & bubuh sedikit minyak)
500 gm daging kisar
500 gm daging kisar dibuat meatballs (campurkan dgn sedikit garam & kuning telur & goreng sedikit)
1 tin kecil cendawan butang secukupnya
2 sudu makan tomato sos
1 botol sauce spaghetti (I normally use the one with garlic & mushroom yg penting HALAL)
10 batang lada padi dihiris halus
1 biji bawang Bombay dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
Sedikit daun parsley dicincang (optional)
Sedikit black peppercorns
Garam secukup rasa
Air
Olive oil
Parutan Cheddar Cheese secukupnya
Caranya:
1. Panaskan periuk & masukkan Olive Oil.
2. Masukkan bawang, bawang putih & lada padi. Goreng sehingga bawang layu.
3. Masukkan sos tomato & sos spaghetti & air.
4. Masukkan daging kisar & masak sehingga mendidih lalu masukkan meatballs & cendawan, garam & black peppercorns. Masak sehingga semua bahan sebati & kuah hampir kering.
5. Masukkan daun parsley & tutop api.
6. Tuangkan kuah diatas spaghetti & hidangkan bersama parutan cheddar cheese.
SPEGETTI BOLOGNAISE & MEATBALLS (KEBAB)
Sumber : mamafami
SPEGETTI SAUCE
Ingredients :
Fresh tomatoes ~ diced
Garlic ~ chopped
1 can of tomato and garlic
a bit of dried oreganum
a bit of dried sweet basil
salt to taste
a bit of sugar
a bit of grated cheddar cheese
a bit of olive oil
Method :
1. Saute garlic in the olive oil till fragrant.
2. Add in chopped tomatoes. Cook till tomatoes are pureed.
3. Pour in the canned tomato and garlic.
4. Stir well and add in the sugar and salt to taste.
5. Add in the dried oreganum and sweet basil.
6. Before turning off the heat, add in some grated cheddar cheese to thicken the sauce.
KEBAB (Haleema)
Ingredients :
1/2 kg minced meat
1 tablespoon crushed garlic
fresh corriander ~ chopped
green chillies ~ pounded
2 tablespoons chana flour
1 egg (medium)
1 teaspoon fennel powder (jintan manis)
3/4 teaspoon curry powder
2 tablespoons lemon juice
salt
paprika
Method :
1. Mix everything together and roll into small balls.
2. Deep fry.
Spageti Bebola Daging
Posted by kak ina kl
Bahan-Bahan
500 gm spageti
430 gm pati tomato (puree)
2 biji bawang besar (sebaiknya yang kuning)
3 biji bawang putih
2 biji tomato yang besar
1 sudu teh oregano
1 sudu teh thyme
1 sudu teh mixed herbs
garam (ikut citarasa masing-masing)
5 sudu makan tomato sos
Bebola Daging
400 gm daging kisar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu makan bread crumb
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh lada sulah/lada hitam
1/2 sudu teh garam (ikut citarasa sendiri)
Cara Membuat Bebola Daging
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Masukkan kedalam daging kisar.
2. Masukkan juga lada sulah/lada hitam, bread crumb dan garam.
3. Bulat-bulatkan sebesar guli dan panggang sebenar.
Cara Untuk Buat Sos
1. Rebus spageti sehingga lembut..kemudian tos dan bubuh sedikit minyak/minyak zaiton
2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih (akak guna w/p aje)
3. Tomato di potong halus....(ataupun guna w/p)
3. Panaskan minyak (akak guna minyak zaiton) dalam 3 sudu makan.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih.
5. Setelah naik bau..masukkan tomato kisar tadi. Masukkan garam.
6. Masukkan air sedikit...dan biarkan dalam 10 minit.
7. Masukkan tomato puree dan 2 tin air (gunakan tinnya buat penyukat air)
8. Kecilkan api..masukkan oregano, thyme dan mixed herb. Masukkan juga bebola daging yang telah di panggang tadi.
9. Masukkan tomato sos....Biarkan sos mendidih sehingga 20 minit (pekat)
Meat Ball Spaghetti
Posted by White_Rose
Bahan2nya
1 Packet spaghetti
500 Gm Meat Ball
7 biji tomato ceri, potong dua
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh herba oregano
1/2 camca teh herba basil
1 tin sos spaghetti "Prego"
1 Camca tea Gula
Garam secukup rasa
1/2 camca tea serbuk Lada sulah
Minyak zaitun
~Cara2nya~
Sosnya
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang putih dan masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
2. Masukkan meat ball, capsicum dan juga sos spaghetti. Gaul rata dan tambah sedikit air. Masak hingga sedikit pekat.
3. Masukan garam,gula, oregano dan basil, gaul rata dan masak hingga pekat.
Spaghetti
Rebus spaghetti seperti arahan pada bungkusan Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun, gaul rata.
Meatball
Gambar & Sumber : Fatimah Julia
Bahan-bahan
250 g daging cincang fresh(kat sini daging cincang tiada bahan pengawet, so rasa fresh sebab baru keluar dari mesin minced meat. Kalau ada mesin boleh buat sendiri lagi sedap. Yang dah frozen dalam pasaran kat malaysia ada bahan tambahan sikit)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil daun basil kering
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar tepung jagung
Cara Membuatnya
1. Campur semua bahan-bahan hingga sebati kecuali tepung jagung.
2. Akhir sekali baru campurkan tepung jagung.
3. Bulat-bulatkan daging kepada saiz bola ping pong.
4. Siap untuk direbus atau digoreng dengan dicelup telur. Boleh juga disimpan frozen untuk kegunaan akan datang.
Meatball Spaghetti
Sumber : cikjija
Bahan-bahan (kalau nak sedap dan cepat beli aje kat kedai tak usah menyusahkan diri je)
1 cawan serbut roti
1 cawan susu UHT
2-3 cawan daging ayam cincang
1 biji/labu bawang besar - dadu atau parut
2-3 biji bawang putih
2-3 pucuk daun sup & bawang (optional tapi kalau letak lagi ummmpppph)
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1 sudu kecil serbuk "nutmeg" (buah pala kan (?))- orang kampung saya orang Italy cakap kalau letak serbuk ni memang terangkat rasa dia, mama mia.....
1 biji telur ayam - ambil kuning saja
Keju Parmesan parut
Garam secukup rasa
1 botol sos spaghetti (paling popular kat Malaysia ni "Prego")
Yang penting spaghetti tu jangan lupa rebus ya.
Cara-cara:-
1. Serbuk roti digaul bersama susu dan biarkan
2. Danging cincang digaul dengan bawang merah, bawang putih, serbuk pala, lada hitam, dedaun, kuning telur dan garam. Biarkan sebati kemudian masukkan adunan serbuk roti tadi. Gaul hingga sebati. Jika adunan lembik tambah serbuk roti supaya senang kita nak "bola"kan dia.
3. Kemudian gorengkan dalam kuali dengan minyak yang sedikit, balik-balikkan bebola tadi supaya rata. (kalau nak senang leperkan sedikit bebola tadi supaya cepat masak la...kalau nak cepat tapi kalau suka lambat-lambat banyak masa kekalkan bentuk bola yang bulat tu).
4.Bila bebola (atau pun bola leper tadi) dah agak-agak masak masukkan satu botol sos spaghetti dan biarkan masak secukup rasa.
5. Bila dah masak hidangkan bersama-sama mee spaghetti (rebus tak spaghetti tadi) dan taburkan parutan keju. Siap boleh makan.
6. Ada apa-apa lagi ke yang Cik Jija lupa tu, pandai-pandai la sendiri siapkan ye.
No comments:
Post a Comment