- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, May 26, 2009

Telur Kubis

Dh lama cari resepi ni, tp susah sgt nk jupe. Dulu saya pn tak prnh dgr nama kuih ni. First saya dgr dr suami saya. Ari tu masa majlis btunang cousin hubby kt damansara damai, his auntie sempat buat kuih ni. Mak cik dia ni mmg pakar buat kuih ni. Dulu masa dia muda2, dia keje buat & jual kuih & kuih telur kubis ni kiranya speciality dia. Mmg sedap sbb inti dia ikan. (ish ish ish, mek trganu ni tak abis2 dgn ikan, hehehe..). My hubby ckp, nnti kitaorg blik kg dia, bleh blajar buat kuih ni dgn mak cik dia. Ari tu ada ckp kt mak cik dia nk blajar. Mak cik dia ok jer. Suka sgt bila ada org nk blajar buat kuih ni sbb tak ramai yg tau buatnya.
His auntie ckp tak semestinya letak kubis dlm kuih tp. So its significant name dtg drp bentuk spt kubis bila kuih tu dipotong. Blapis2 mcm kubis. Baru saya tau. Happy sgt bila jumpa resepi kuih ni dlm site sahak21. Siap dgn gambar skali. Kuih ni mmg sedap, sy jamin sbb saya dh mkn. Hubby saya yg cerewet bab makanan & kuih pn sgt menyukai kuih ni.


Telur Kubis
Sumber :
sahak21

Bahan-bahan kulit:
500gm tepung gandum
1 gelas air suam
1 camca besar Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara-cara membuat kulit:
1. Campurkan semua bahan dan uli.
2. Bulatkan doh sederhana besar.

Bahan-bahan inti :
2 ekor ikan kembung; rebus dan asingkan tulang (hancurkan isinya)
5 biji bawang merah, dihiris halus
1 cm halia, dihiris halus
1 cawan pati santan
400 gm kubis, dihiris halus
6 biji cili merah, dihiris halus
15 biji bawang kecil, dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara membuat inti:
1. Kisar cili dan bawang putih
2. Tumiskan bahan-bahan kisar dan kacau perlahan-lahan hingga terbit minyak sampai wangi
3. Masukkan isi ikan kembung dan sayur kubis. Kacau.
4. Masukkan garam dan gula.

Bahan-bahan sos:
5 biji cili merah }
3 ulas bawang putih } dikisar
½ cm halia }
2 camca besar cuka
3 camca besar air asam jawa
½ cawan air
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara membuat sos:
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama cuka, air asam jawa, garam dan gula. Masak hingga mendidih.

Cara-cara membuatnya:
1. Canai doh dan masukkan inti bersama-sama telur. Lipat segi empat.
2. Gorengkan di atas api sederhana hingga kuning keemasan.
3. Canaikan satu lagi doh. Angkatkan doh yang telah digoreng, letakkan di atas doh tadi.
4. Balutkan sekali lagi. Goreng semula hingga kuning keemasan

1 comment:

Zahirah Asyraf said...

Brp bji ye telur yg digunakan?tq


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).