- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, May 20, 2009

Kerabu Buah Kuini


Ini gambar buah kuini. Org kg saya panggil buah kinning. Baunya mmg menyengat abis. Ari tu masa blik kg blom musimnya. Ari tu on the way blik kg masa tunggu lrt kt bts, ada la 2 org brader ni duk tunggu lrt gak. Masing2 bawak 1 beg plastik yg isinya agak berat. Bila diaorg dtg duk sbelah, mak oi, harumnya bau. Bukan bau diaorg la, tp bau brg yg diaorg bawak. Bau buah kuini. Mmg harum giler, mengancam jiwa. Tup2 semlm hubby ckp jkr technician ada bg buah kuini kt dia, byk plak tu, sebagai balasan keropok lekor & keropok keping yg kitaorg bg. Weekend tu kan saya blik kg, so byk la bawak keropok lekor & keropok keping. Mmg sengaja bawak byk sbb my hubby nk agih2kan kt byk org.
Ptg tu jugak hubby blik bawak buah kuini tu. Puas la mkn. Buah mempelam dh asyik slalu sgt mkn. Dpt mkn kuini ni bagus gak, lgpn susah nk dpt buah ni klau di luar musim. Mlmnya saya buat kerabu kuini resepi mat gebu. Buat sambal kuini pn ok gak tp saje nk cuba sesuatu kelainan.


KERABU BUAH KUINI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 biji buah kuini
1 biji bawang besar
1 1/2 cawan santan
1 camca besar lada hitam biji
1 inci belacan, dibakar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Cuci bersih buah kuini, kupas kulitnya dan racik halus isi buah tadi, bawang besar dimayang halus. Satukan bersama buah kuini tadi dan ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam dan belacan hingga lumat, tambah gula (anggaran 1 camca besar) dan tumbuk hingga halus. Ceduk keluar bahan2 tumbuk dan masukkan ke dalam santan, tambah garam secukup rasa dan kacau rata.
3. Tuang dalam no. 1 tadi dan gaul rata. Boleh dihidangkan segera atau disejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan bersama nasi hangat.



Kerabu Kuini
Kiriman: Jassrina
Sumber: Nenek Moyang

Bahan-Bahan:
3 biji buah kuini masak (jangan yang terlalu ranum)
5 biji cili api
2 ulas bawang merah
Santan dari 1 biji kelapa tua
Garam secukup rasa

Cara:
1. Kupas kuini
2. Hiris isinya selebar 2 jari
3. Masukkan isi kuini ke dalam mangkuk
4. Masukkan santan hingga kuini tenggelam
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Masukkan cili api dan bawang yang telah dipotong halus
7. Hidangkan

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).