- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, May 30, 2009

Karipap Kobis/Bunga Kobis/Roti Kobis/Murtabak Lapis

A few days ago i jot down a kubis telur recipe. Ari ni jupa plak resepi yg hampir serupa dgn telur kubis. Mcm2 nama; karipap kobis, bunga kobis, roti kobis, murtabak lapis. P'bezaan yg ketara ialah dr segi inti iaitu telur kubis guna inti ikan, manakala murtabak lapis ni guna ayam/daging sebagai inti. Biasa la org trganu, apa2 inti msti nk guna ikan. Enjoy the recipes...


KARIPAP KOBIS
Kiriman : Kak NoorMasri
Gambar :
Tanjung-puteri

Bahan-bahan inti:
300 g daging cincang
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
minyak utk menumis
5 ulas bawang merah }dihiris nipis
1 bungkus perencah sambal tumis maggi
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan daun sup

Cara membuat:
1. Utk membuat inti, gaul daging bersama jintan putih dan serbuk lada sulah
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah hingga layu
3. Masukkan daging, perancah sambal kemudian kacau sebati
4. Setelah daging masak, masukkan daun bawang dan daun sup

Bahan-bahan pastri:
600 g tepung gandum
2 sudu besar majerin
air bergaram secukupnya
5 biji telur

Cara membuat:
1. Bancuh tepung bersama majerin dan air garam
2. Masukkan telur dan uli hingga sebati
3. Ambil doh sebesar ibu jari, canai nipis, bubuh inti dan bentukkan bulat
4. Utk lapisan kedua, ambil doh dan canai (ukurannya perlu lebih besar drp doh pertama), bubuh inti kemudian letakkan pastri pertama tadi di atasnya dan bungkus dgn lapisan kedua
5. Buat lagi utk lapisan ketiga dan goreng hingga keemasan
6. Bila nak makan boleh potong 4, nanti akan kelihatan spt kobis yg dipotong

Nota: kalau nak cantik buat lah sampai 4 lapisan



BUNGA KOBIS
Sumber: Buku Hidangan Warisan Kita
Kiriman :
DianaA

Bahan A (Kulit)
300 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur
75 gram minyak sapi
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan B (Dikisar Halus)
2 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu makan jintan kasar
1 sudu makan jintan manis
2 ulas bawang putih
3 kuntum bunga cengkih
2.5 cm halia
2 cm kulit kayu manis
garam secukupnya

300 gram daging lembu, dicincang halus
300 gram bawang besar, dihiris
200 gram daun sup dan daun bawang, dihiris
5 biji lada merah, dibuang biji dan dihiris halus
50 ml minyak
3 biji telur
450 ml minyak
600 gram tomato, digubahh menjadi bunga matahari
600 gram daun salad, dipetik sekelopak-sekelopak

Cara-caranya
1. Kulitnya: Gaulkan tepung dengan minyak sapi serta telur hingga rata. Masukkan garam dan air secukupnya lalu ulilah hingga lembut seperti menguli tepung epok-epok.
2. Bahagikan adunan ini kepada enam bahagian mengikut peringkat-peringkat, iaitu bahagian kedua lebih sedikit daripada bahagian pertama, bahagian ketiga lebih sedikit daripada bahagian kedua dan seterusnya.
3. Intinya: Panaskan 50 ml minyak. Tumis Bahan B hingga berbau wangi. Masukkan daging dan sedikit sahaja air untuk mengempukkannya. Apabila daging sudah empuk, angkat dan gaulkan dengan daun sup dan daun bawang, bawang dan lada merah. Gaul rata-rata. Bahagikan inti ini kepada enam bahagian, sama seperti membahagikan kulitnya tadi.
4. Pecahkan 3 biji telur dan kacau perlahan-lahan.
5. Panaskan 450 ml minyak kelapa di atas api yang sederhana.
6. Sementara itu canaikan tepung yang diuli tadi bahagian yang paling kecil, bubuh inti (bahagian yang sedikit juga) dan siramkan dengan sedikit telur lalu dipunjutkan atasnya (kulit tepung membaluti intinya). Gorenglah hingga masak dan kekuning-kekuningan.
7. Sementara yang digoreng tadi setengah masak, canaikan bahagian kedua tepung kulit, bubuh inti dan siramkann lagi dengan telur. Kemudian bubuh bahagian yang digoreng tadi diatasnya lalu dipunjutkan lagi tepungnya menutupi intinya. Gorenglah bahagian ini hingga garing dan masak. Ulang lagi proses ini sehingga kesemua bahagian habis. Hendaklah diingat supaya menggunakan api yang sederhana sahaja ketika menggoreng ini kerana dikhuatiri kuih akan hangus tetapi mentah didalam.
8. Untuk menghidangkannya, susun daun salad di atas pinggan. Letakkah kuih yang sudah dimasak tadi. Potong lapan bahagian tetapi jangan diputuskan. Bukakan potongan-potongan itu seperti bentuk kobis. Selang-selangkan kelopak-kelopak itu dengan tomato yang dibuat bunga.



Murtabak Lapis Kak Mah
sumber :
pakupakis

Bahan untuk doh(adunan tepung):Diubah suai sedikit mengikut ketepatan/kesesuaian…gomen ne ye kak mah!
1. Gandum - 1/2kg (menghasilkan 4 biji)
2. Majerin - 4 sudu besar
3. Garam - Secukup rasa(2 s/k)
4. Gula - Secukup rasa(4 s/b)
5. Minyak masak - 1/2 cawan untuk merendam
6. Air suam (suhu 60)- 275 ml@1 1/2 cawan jgn penuh

Bahan untuk inti:
1. Daging cincang - 250gram (boleh buat 4 biji)
2. Rempah Kurma Cap Jam- 2 sudu besar dan jadikan pes
3. Bawang putih - 2 ulas
4. Bawang besar - 3 biji}disagat & potong dadu dan halus
5. Garam - Secukup rasa
6. Gula - Secukup rasa
8. Minyak masak - Sebanyak yg perlu
9. Telur - 4 bijik{2 untuk inti+2 untuk masa tebar~pukul sebati)}

Cara membuat inti:
Tumis 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dgn sedikit minyak hinnga garing .Masukkan pes rempah kurma..tumis hingga wangi baru masukkan daging..biarkan sehingga agak masak…selepas itu baru masukkan bawang besar..masak hingga agak kering.Rasakan garam dan gula secukupnya.Biarkan sejuk baru campurkan telur dan kacau rata.Inti ini juga boleh disediakan sebelah malam.

Cara membuat doh:
1. Tepung diuli dgn air suam yg dicampur (gula + garam)sedikit demi sedikit sehingga agak lembut. Bahagikan kepada 8 doh.Rendamkan dgn minyak dalam bekas tertutup…agak2 terendam jika kurang minyak tambah sikit dan bubuhkan sedikit mentega dikelilingnya.
2. Biarkan semalaman jika mahu makan pagi atau jika mahu mkn petang buatkan di awal pagi.
3. Doh yg diperam di ambil dan dinipiskan/ditebar dgn menggunakan minyak dari doh yg diperam…nipiskan agak lebar dgn cara menenyeh2 guna tapak tgn dengan lembut supaya mengelakkan terkoyak dan dibentuk bulat untuk meletak inti.
4. Letak 2 sudu besar telur dibahagian tengahnya selepas itu pula 2 sudu besar inti ditengah2 dan lipat 4.
5. Goreng dgn sedikit minyak atas dan bawah.Tak perlu garing sangat.
6. Buatkan lapisan nipis satu lagi dan letakkan 1 1/2 sudu besar inti juga bahagian tengah baru susun murtabak pertama tadi dgn yg lapisan cantik di bahagain atas.
7. Lapiskan lagi dgn 1 1/2 sudu besar inti dan lipat 4.Boleh digoreng agak garing sedikit untuk bahagian atas dan bawah.Maka dengan ini akan terhasillah@nampak lapisan murtabak bila dipotong kecil2.
8. Bolehlah dihidang dan sedap dimakan panas2 dgn kuah cuka tadi atau kari mengikut kesukaan keluarga anda.


Kuah:
1. Cuka -1/2 cawan+ sedikit air masak,sedikit garam(1 s/k) dan gula(3 s/b)}kacau hingga larut
2. Bawang Besar - 1/2 -1 biji (seeloknya yg warna merah)}disagat halus atau potong nipis2.



Martabak Telur Kubis
Diposkan oleh
evida

Ingredients :
10 buah kulit lumpia/ spring roll
6 buah telur ayam
1/4 bagian kubis, iris halus
2 ikat daun bawang, iris halus
2 siung bawang putih, cincang halus
1/2 sdt merica bubuk
1 sdm ketumbar bubuk
1/2 sdt garam
sedikit konbu dashi/penyedap rasa, jika suka

Directions :
- Campur semua bahan kecuali kulit lumpia. Aduk sampai tercampur rata.
- Panaskan wajan, beri 1 sdm minyak goreng, bentangkan satu kulit lumpia dan isikan bahan isi sampai merata ke semua ujung kulit lumpia lalu tutup kembali atasnya dengan kulit lumpia lainnya. Masak dengan api kecil
- jika kulit lumpia bagian bawah sudah berwarna coklat, balikkan lalu masak sampai bagian kulit lumpia lainnya berwarna coklat matang.
- lakukan terus hal yang sama sampai kulit lumpia dan adonan isi habis.
- enak disantap dengan saus sambal atau kuah cuko dan acar bawang ketimun.



Karipap Kobis
oleh:
alma

Bahan-bahan ( 8-10 biji - utk 3 lapis )

*---- Inti ----*
200g daging ayam cincang (minced chicken meat)
2-3 ulas bawang kecil (shallot)
2 ulas bawang putih (garlic)
1-2sdb cili kisar (kurang/tambah ikut tahap kepedasan yg disukai)
½ sdk serbuk jintan putih (cummin powder)
½ sdk serbuk jintan manis (fennel powder)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit telur utk doh pastri lapis kedua & ketiga (atau seterusnya) >> ni optional sbb utk tujuan bg yg dlm tu melekat tp kalau x nak pun x pe.

*---- Doh pastri ----*
3 cawan tepung gandum
3 sdb pastri marjerin
Sebiji telur (gred C)
Sedikit air (ikut kelembutan doh)

Cara-cara
1. *---- Inti ----* Kisar/tumbuk bawang merah & putih. Kemudian, dalam satu bekas, campurkan bhn2 kisar ini dgn cili kisar, cumin & fennel. Gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan kesemua campuran bhn2 td, bila naik bau, masukkan minced chic meat. Kacau2. Perasakan dgn garam & gula. Masak daging hgga empuk (tmbh sedikit air jika terlalu kering sbb better lembab2 sket). Dah masak tu angkat lah, then buat doh pastri lak.
2. *---- Doh pastri ----* Dgn mengguna hujung jari shj, gaulkan tepung & pastri marjerin hgga jd serbuk roti. Pecahkn telur dlm bekas berasingan, kacau sedikit sblm dimasukkan ke dalam bekas tepung td.Uli smbil tmbhkan air sedikit demi sedikit (guna sudu) hgga adunan doh jd lembut, licin dan boleh dicanai.
3. *---- Karipap lapis pertama ----*: ambil sedikit doh (saiz kecil sbb ini bhg paling dlm), canaikan nipis sket, kemudian masukkan inti td dan punjutkn kemas2. Saiz tu agak2 sbb ikut lah brp lapis nk buat (kebiasaannya saya buat max 3 lapis sbb tak nak besar2, tapi kalau suka boleh buat hgga 4/5 lapis). Lepas tu, panaskan minyak dan goreng separuh masak, dgn api sederhana, kemudian angkat.
4. *---- Karipap lapis kedua ----*: ambil sedikit doh (saiz lebih besar sedikit dr yg pertama td), canaikan nipis sket, letak sket telur kemudian letak inti. Pastu, ambil satu punjut yg dah goreng td, letak atas inti dan punjut kemas2 lapisan kedua tu (menyaluti yg pertama). Kemudian goreng ½ masak lapisan kedua tu, then angkat.
5. *---- Karipap lapis ketiga ----*: Ulangi proses yg sama dgn lapis kedua tp saiz doh yg lebih besar sedikit. Goreng hingga masak.
6. Belah dua atau empat – baru leh nampak bentuk ala2 kobis tu :)



ROTI KOBIS
Sumber :
maklangzainab
Gambar :
Mamafami

Bahan-bahannya :
1 kg tepung gandum,
500 gram marjerin
1 sudu makan garam
2 biji telur
Air secukupnya

Bahan inti :
1 kg daging kisar
2 bungkus kecil rempah kari daging
5 ulas bawang putih ]
1 inci halia ] dikisar
3 biji bawang besar ]
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar dan lain-lain seperti cara membuat karipap.
2. Tuangkan tepung dalam besen, pecahkan telur, masukkan garam dan marjerin, Buat cara gaul dan ramas. Masukkan air sedikit demi sedikit dan ulis hingga jadi doh seperti doh karipap.
3. Bahagikan doh kepada 7 bahagian – setiapnya lebih besar ikut peringkat. Bermula dari sebesar bola pingpong, besar dan besar lagi.
4. Ambil doh pertama (yg paling kecil) canai dan sapukan telur atasnya, letakkan inti dan bunjut kemas, Uli hingga jadi buat. Goreng dalam minyak banyak hingga kuning dan angkat.
5. Canai doh kedua, sapukan telur, letak inti. Kemudian letak doh pertama yg telah goring tadi ditengah-tengah. Bunjut kemas dan uli bulat dan digoreng.
6. Ulang hingga habis semua doh
7. Bila sejuk, potong dan nampak seperti kelopak kobis.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).