- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, May 7, 2009

Rojak Sotong

Rojak sotong.Rojak bandung, rojak kangkung.Name it as u like but its almost the same. The main ingredient is the sotong kering/sotong rendam. Punya la lupa, as i was cleaning the freeze & clearing the cupboard, i found a packet of sotong kering. It was from my MIL. I'm sure my hubby also forgot about it. For lunch, i just 'bakar' the sotong kering. Best... Then the rest of, i make rojak sotong. I soak the sotong kering in the water until it soft. It was my first time i make the rojak & my first time i ate it. Boleh tahan gak...it was a try & error process.


Rojak Sotong
Sumber ; Resepi.Net
Kiriman ; mamasya

Bahan-Bahan
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
1 cawan air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
*saya tambah sebiji mangga muda yg diracik

Cara
1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.



Rojak sotong kangkung
Sumber : resepi merak emas
Gambar : HaNa

bahan-bahan:
Seekor sotong rendam
2 biji timun
1 biji sengkuang
seikat kangkung segar
250 gram gula apong / gula melaka
1 sudu teh rempah lima
5 tangkai cili kering dikisar halus
kicap masin
1/2 cawan tepung jagung (bancuh dengan semangkuk air sejuk)
1 cawan kacang tanah(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 cawan biji bijan (digoreng tanpa minyak)

cara-cara:

Kuah
1. Panaskan kuali
2. Masukkan gula apong dan cairkan menggunakan api kecil.
3. Masukkan rempah lima dan kicap masin.
4. Kacau hingga sebati. Masukkan air sejuk dan biarkan mendidih.
5. Masukkan tepung jagung. Kacau dan pastikan ia mencapai tahap kepekatan yang dikehendaki.
6. Sekiranya terlalu pekat, tambahkan air lagi.

Ulam
1. Potong timun dan sengkuang berbentuk baji
2. Didihkan air. Celur sotong rendam 5 minit dan potong.
3. Celur kangkung dan potong
4. Masukkan timun, sengkuang, kangkung dan sotong ke dalam bekas. masukkan kuah rojak dan gaul hingga sebati. Taburkan biji bijan dan kacang tanah. Selamat mencuba.


ROJAK SOTONG KANGKONG
oleh: nora wahab

Bahan-bahan ( 4 ORANG )
1 ekor sotong kembang
500 gm kangkung
4 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar petis
1 cawan air suam
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar gula pasir
½ sudu kecil minyak bijan
½ cawan kacang tanah (digoreng dan tumbuk kasar-kasar

Cara-cara
1. Sotong dicelur dan dipotong kecil. Kangkung dicelur dan dipotong 1 inci panjang.
2. Tumis cilli boh tanpa minyak dalam kuali. Masukkan petis, kicap pekat, sos plum, gula pasir dan air suam. Kacau hingga sebati. Biar hingga menggelegak. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk dan sedikit bijan. Gaul hingga sebati dengan sotong dan kangkung.
3. Bila menghidangkannya tabor selebih kacang tanah, minyak bijan dan biji bijan.



Rojak Sotong
Sumber : kia kia
Gambar :
taman-syurga-abadi

Bahan A
Seekor sotong kembang - kerat 3cm x 1cm- rebus agak2 masak
1/2 biji timun - potong mcm saiz buat tauhu sumbat (ikut suka)
Kangkung air - potong mengikut citarasa -dicelur
20 sen taugeh -dibersihkan-dicelur
2 keping tauhu putih -digoreng (jgn garing sgt) - dipotong nipis
Kacang tanah -digoreng dan dimesin (jgn terlalu halus)
2 camca besar bijan yang digoreng tanpa minyak

Bahan B-kuah
3 camca besar pis udang
1/2 buku gula melaka
1 sudu cili mesin (klau nak pedas tambah lagi)
1 camca besar gula pasir
1 cawan air

Cara Membuatnya
1. Campurkan semua bahan A kecuali kacang tanah & bijan-ketepikan.
2. Tenggek dlm periuk bahan B hingga mendidih-sejukkan.
3. Tuang kuah di atas bahan A dan taburkan bijan & kacang tanah. Siap dihidangkan. Sesuai utk minum petang.



ROJAK BANDUNG
Sumber :
rozzan

Bahan-Bahan
600 gm sotong kering yg sudah dikembangkan (potong kecil -saiz ikut suka)
200 gm sayur kangkung (dibersihkan, potong seperti memasak sayur)
150 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk separuh halus) atau beli yg dah siap jer
beberapa keping tahu kering (“tahu pok”) atau tahu basah
1 batang timun

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk. Bubuhkan sedikit garam dan minyak.
2. Celurkan kangkung sebentar dan toskan.
3. Celurkan pula sotong kembang tadi dan agkat lalu toskan.
4. Tahu kering/ tahu basah digoreng hingga garing lalu dipotong/hiris.
5. Timun dibelah dua dan dihiris memanjang.

Bahan-Bahan Sambal
25-30 tangkai cili kering (rendam dan kisar dgn sedikit air)
240 gm gula melaka
2 sudu makan gula pasir
250 ml air
5 sudu makan (penuh) petis
½ botol sos tomato (kira-kira 220-250 gm)
1 sudu makan cuka atau air limau kasturi (boleh dikurangkan)
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu makan air)

Cara:
1. Masak gula melaka bersama air hingga gulanya larut. Tapis dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan pula semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, tuangkan bancuhan tepung jagung tadi utk memekatkan sambalnya. Matikan api.

Cara Menghidangkan Rojak Bandung
1. Susun kangkung, sotong, timun dan tahu di dalam pinggan.
2. Tuangkan sambalnya rata-rata.
3. Akhir sekali, taburkan kacang tanah tumbuk tadi.



Rojak bandung
oleh: embunsyg62
gambar : kak fida

Bahan-bahan ( 4-5 org )
2ekor sotong kembang
250g sayur kangkung
2keping tahu ( besar )
1btg timun
125g kacang tanah ( dgoreng dn tumbuk kasar )

bahan sambalnya:
250g gula melaka
200ml air
1/2 btl sos tomato
125g lada kisar
1sdm cuka
garam secukup rasa

Cara-cara
1. masak gula dn air hingga larut, kemudian dtapis.
2. satukn gula dgn cili kisar, sos tomato, cuka dn garam msk atas api hingga mendidih. jika ingin sambal pekat bole tarukn sedikit tepung jagung.
3. masak air, sedikit minyak dn garam hingga mendidih.
4. celurkn kangkong sekejap je,toskn airnya.
5. celurkn pula sotong kembang dlm air yg sama.
6. tahu dgoreng hingga kuning dn potong dadu.
7. timun dpotong serong.
8. masa menghidang,susun sedikit kangkong,sotong, timun dn tahu,dn tuangkn sambalnya diatas taburkn kacang tanah.


Rojak Bandung
Oleh :
putrimlm

Bahan-bahan



Sotong Kangkung
Kiriman: Roziyana Ramlan

Bahan-Bahan:
Sotong kurita - 1 ekor
Kangkung - 1 ikat
Tahu - 4 keping (digoreng)
Kacang ( digoreng & kisar)
Kuah rojak (ready made).

Cara:
Rebus sotong hingga lembut.Begitu juga dengan kangkung, rebus sehingga layu. Gunting kedua-dua bahan dan campurkan sekali.Hiriskan tahu goreng dan letakkan diatas sotong dan kangkung tadi.Kemudian, taburlah kacang dan akhir sekali tuang kuah rojak di bahagian atas resepi.

Cadangan Hidangan:
Kalau nak pedas, hiris cili api dan taburkan diatas hidangan.


Rojak Bandung Singapura
Sumber : Halimah Anang

Bahan-bahan
2 ekor sotong kembang & rebus 10 min
½ kt kangkong (direbus)
1 biji timun (dihiris)
2 keping tahu (digoreng & potong dadu)
½ kt kacang tanah (digoreng & tumbuk)

Sambalnya
½ kt gula melaka
½ botol tomato sos
½ cawan cili giling lada dimasak dulu masokkan air, gula melaka, segenggam bijan (goring tanpa minyak), garam ajinoto & sedikit air)

Cara Membuatnya
Satukan bahan-bahan sambal dan dimasak. Aturkan bahan-bahan sotong dipinggan lalu tuangkan sambal dan taburkan dengan kacang yang ditumbuk tadi.



Sotong Kangkung
Sumber :
Noorma

Bahan-bahan

(kuah)
>cili kering kisar
>gula melaka
>kicap pekat
>sos tiram
>Otak udang (petis)
>air asam jawa
>bijan
>gula, garam
>tepung ubi (untuk memekatkan kuah)

Cara-cara
1.Bahan-bahan kuah, dimasukkan dalam periuk dan dimasak atas api sederhana hingga pekat (kuah ni kena ada rasa manis2 pedas).
2Bila dh siap, tabur bijan dan sejukkan dulu.

Bahan-bahan lain
>sotong kembang-potong dan celur
>sayur kangkung-potong dan celur
>fishball (optional)-dicelur
>timun-dihiris
>tauhu-digoreng dahulu dan dipotong
>kacang tanah-digoreng dahulu, dibuang kulit dan ditumbuk kasar

*Aturkan sotong, kangkung, fishball, timun dan tauhu dalam pinggan. Tuangkan kuah dan tabur dengan kacang tanah yang ditumbuk. Sedia untuk dinikmati.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).