Happy wesak day to my buddhist friend, especially to my officemate; evon & ah bee & my boss; mr yap & his family.
Mlm td hubby suggest utk gi bkelah esok. Saya ingat dia demam ke sbb tetiba jer. Tak pernah2. Dulu masa duk kl, tak pernah pn dia ajak saya bkelah sdgkn umah saya sbelah jer taman tasik titiwangsa. Klau aku saya pn dia tak nak. Bila dh kawin ni, rajin plak ajak saya ke sana ke sini. So saya pn tnya la nk gi mn sbb klau setakat area housing area ni ada la kwsn bukit tp biasa org gi hiking jer kt ctu. Then baru saya ingat, sungai congkak. Tak jauh sgt dr sini. So sg congkak, here we come. It was my second time there. Dulu prnh gi dgn opis mate, lepak2 smbil chit chat. My hubby plak tak pernah gi, so saya la tunjuk jalannya.
Bila nk gi bkelah, kna la ada makanan & minuman. Hubby ckp tak payah masak makanan yg complicated, masak yg simple2 jer sbb utk 2 org jer. So bukak jer mata pg ni, goreng beehoon. Then buat sandwich telur. Dh lama tak buat sandwich ni, so buat byk gak. I like. Dulu masa duk kl, slalu beli sandwich telur & tuna kt bakery mediya. Best sgt. Skrg kna buat sndiri la. Air plak, air sirap jer. Pukul 10am baru btolak. Smpai sana org punya la ramai. Maklum la public holiday. Nasib baik cari port yg bagus & terlindung. Hubby mandi tp saya just main2 air jer sbb org ramai sgt. Zohor baru blik umah. Beehoon abis, sandwich pun abis. Punya la byk mkn. Biasa la lapar bila sejuk2 ni lepas main air.
Utk sandwich saya guna resepi syahmi yg simple ini.
Sandwich telur
oleh: syahmi
Bahan-bahan ( 2 orang sahaja )
6 keping roti
1 butir telur
1 sudu kecil mayonis
Garam / serbuk lada hitam
Timun/ tomato ( dihiris )
Mentega untuk disapu pd roti
Cara-cara
1. Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam.
2. Campurkan dengan mayonis dan kacau rata.
3. Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti.
4. Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi.
5. Potong mengikut bentuk yang disukai.
Bahan-bahan ( 7-8 org )
Roti gardenia panjang
5 biji telor rebus dibuang kulit dan dilecek/dihancurkan
2 / 3 sudu besar mayonese
Garam sedikit(secukup rasa)
Lada sulah (secukup rasa)
Lada hitam/cili api potong(agak-agak)
*Sedikit margerin/planta.
*1 biji tomato dihiris nipis
*½ btg timun dibuang kulit dihiris nipis
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bahan bertanda *.
2. Gaul hingga semua bahan sebati dan secukup rasa.
3. Sapu roti dgn margerin.
4. Letak inti sandwich.
5. Kemudian letak tomato dan timun.
6. Siap..! Sedap juga kalau dibuat sandwich telor bakar.
SANDWICH TELUR
sumber : Syikin & Nacnie
kiriman : kak madiha
Bahan2
Roti gardenia secukupnya (guna roti lain pun boleh gakk.. marah kompeni roti lain dok iklan gardenia jer...)
3 biji telur rebus
3 batang crab stick direbus & dicarik2kan.. (MaDiHa tak bubuh pasal takde stok)
3-4 s/b mayonese
sedikit pepper
Salad & tomato (tak letak... anak tak suka sayur mentah)
Cara2
-telur rebus dilenyek hancur & campurkan dengan crab stick, mayonese & pepper. kacau rata.
-bolehlah dibuat sandwich.. dan hidang sebagai sarapan.. sedappp..
Roti Telur Mayo
oleh: m3rni3
Bahan-bahan ( 4 orang )
5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
garam dan lada putih, secukupnya
4 sudu makan mayonnaise
daun lettuce
tomato, dihiris
8 keping roti sandwich
margarine
Cara-cara
1. Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata.
2. Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo tadi.
3. Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato.
4. Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.
Ni plak sandwich 2-in-1; telur & tuna. Mulanya nk buat 2 jenis sandwich; sandwich telur & sandwich tuna, tiba2 my hubby ckp x payah buat sandwich tuna, nnti xde org nk mkn. Hubby sardin dia mkn tp tuna dia kureng ckit. Me plak sebaliknya. So since tuna dh beli, i decided to mixed-up the tuna & egg according to yanmie's recipe. Best gak eh, ada dua2 rasa.
Sandwich Tuna Bersama Telur ala Yanmie
Sumber : Yanmie
Bahan-bahannya
Minyak Zaitun *terpulang pd anda nk guna minyak apa*
Roti Wholemeal 2kpg
Tuna 1 sudu
Telur 1 biji
kobis
timun
serbuk lada hitam
Cara-cara buat
1. panaskan minyak zaitun pastu masukkan telur dan hancur2kan telur tu
2. kemudian masukkan Tuna dan kobis. msk sekejap aje. pastu tambahkan sedikit serbuk lada hitam. last sekali taburkan timun yg dihiris halus
3. pastu blh lah di angkat dan diletakkan atas roti dan tekap kan.
4. potong ikut suka hati dan blh lah dinikmati..ehehe
Tuna Sandwich + Egg
Sumber : Noorma
Bahan-bahan
~roti sandwish secukupnya
~isi tuna-ditoskan airnya
~mayonis
~bawang merah-dicincang (tp aku tak letak, sbb anak2 tak suka)
~black pepper (kalo suka pedas)
~telur rebus -dipotong nipis
~crab stik-digoreng dulu kemudian disiat-siat
~timun, tomato-dihiris nipis
Cara-cara
1.Tuna dihancurkan kemudian gaul bersama mayonis dan serbuk lada hitam. Boleh tambah bawang merah yg dicincang kalo suka
2.Sapukan roti dengan butter dan buang kulit tepinya
3.Letak inti tuna, kemudian lapiskan dengan telur dan crab stik
4.Letak timun dan tomato kalo suka.
5.Tutup balik dengan roti. Kemudian potong.
6.Siap dan bolehlah dimakan
Tuna Egg Sandwich
SUBMITTED BY: LISALC98
INGREDIENTS
1 (6 ounce) can tuna, drained
3 hard-cooked eggs, peeled and chopped
1 cup chopped celery
1 tablespoon mayonnaise
salt and pepper to taste
4 slices whole wheat bread
DIRECTIONS
In a medium bowl, stir together the tuna, eggs, celery and mayonnaise. Season with salt and pepper to taste. Place half of the mixture onto 1 slice of bread and the other half on another slice of bread. Top with remaining slices of bread. Serve.
Sandwich Tuna dan Telur
Sumber : valentine
Bahan-bahan ( 4 orang )
roti (ikut suka, roti ape2 aje..roti hotdog tu pun bleh..)
telur
susu segar
garam
pepper
tuna
cili sos
mayonis (optional)
minyak sket
Cara-cara
1. gunakan non stick pan. sapu minyak sket.
2. telur dicampurkan dengan susu segar, garam n pepper. buat scramble egg..bila hampir masak, masukkan tuna tadi. masukkan cili sos dan mayonis jika suka. gaul rata. angkat.
3. sapu roti dengan butter/mayonis...letakkan salad n tomato dan campuran tuna dan telur tadi.
No comments:
Post a Comment