- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, May 19, 2009

Sayur Lemak Sotong & Buah Gajus


Ni dia, ada org panggil gajus, jagus, janggus, jangguih, buah tere, jambu golok. Org kg sy panggil jambu golok. Kt umah saya ada pokok ni. Dulu masa kecik2 bila musim jambu golok, pg2 dh bangun sbb nk kutip buahnyer yg gugur. Bukan nak mkn isinya tp nk bijinyer. Bijinyer sedap dimakan lepas digoreng. Kadang2 berebut time nk kutip tu. Isinyer plak my mom biasa buat sayur lemak putih. Sedap, nak2 masak skali dgn sotong. My hubby's favorite gak ni tp dia mkn kuah dgn sotong je la. Buah gajus tu dia mkn ckit jer sbb dia kategorikn gajus sbagai sayur.
Ari tu masa blik kg, kebetulan plak ada buah gajus ni bgayut kt pokok tu tp xde la byk sgt. Pokok dh tua...bila dh blik kg ni, mcm2 nk mkn. Mcm2 suruh mak masak. Apa lagi, paksa mak masak sayur lemak sotong & buah jambu golok. Dh btahun2 tak mkn. Kebetulan plak skrg ni musim candat sotong. Ingat berita ari tu, sotong bleh tangkap dgn tgn jer kt pantai seberang takir. My brother pun turut serta bcoz' pantai tu tak jauh dr kg saya. Mmg dh kena sgt, ada jambu golok, ada plak sotong. Bila my mom dh siap masak, saya la org pertama yg jamah hidangn tu. Mcm mengidam la plak. Hehehe...
Bila cakap kt my hubby (remember, dia tak blik sama), jealous la dia sbb ni favorite dia. So utk tidak menghampakan dia, ptg sblom blik ke kl, gi la jenguk kt atas pokok jambu golok tu. Dpt la 1 bekas plastik. Buat balik kl. So ptg td suruh dia belikan sotong & santan kt pasar mlm. Lps tu masak buah gajus tu. Bselera dia mkn. Tak sia2 bawak blik buah tu dr kg sbb kt kl ni susah nk dpt, lbih2 lg diluar musim. Tp i ikut my mom recipe, lbih kurang dgn recipe kak liza tu.


Sayur Lemak Sotong & Buah Jambu Golok
Sumber : My mom
Gambar : krayolan
Bahan-bahan:
8 ekor sotong
10 biji buah jambu golok/gajus yg masak
2 cawan santan pekat
Garam & serbuk perisa
1 biji Bawang besar - dihiris
3 biji Cili merah - dihiris
2 ekor ikan selayang/sardin/kembong - direbus & diambil isinya
Sedikit garam kasar

Cara
1. Sotong dibersihkan. Jika suka, boleh dipotong kecil2. My hubby suka letak seekor2.
2. Buah gajus dipotong kecil & dicelur seketika. Kemudian toskan.
3. Selepas itu, perahkan air. Semasa memerah tu, letakkan sedikit garam kasar. Tujuannye utk menghilangkan rasa pahit & getah dlm buah tu, seterusnya supaya ada rasa masin pd isi buah gajus tu. Jika buah gajus itu terlalu masak ranum, cukup hanya mencampurkan sedikit garam kasar semasa memerahnya tnpa perlu direbus/dicelur.
4. Masukkan santan ke dlm periuk, bawang besar, cili merah & isi ikan tadi. Kacau. Santan perlu pekat kerana sotong akan mengeluarkan air.
5. Masukkan buah gajus tadi ke dlm periuk & masukkan garam. Kacau lagi.
6. Akhir sekali, masukkan sotong. Masakkan sehingga mendidih sambil mengacau kuah supaya santan tidak pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.




SAYUR LEMAK SOTONG & BUAH GAJUS
Sumber : Kak Liza

Bahan
5 ekor sotong
10 biji buah gajus masak
1 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
garam

Bahan Hiris
3 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar

Cara
1. Sotong dibersihkan dan potong kecil
2. Buah gajus dibelah 4 dan perahkan sikit air pahitnya.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuah supaya tidak pecah minyak.
5. MBila dah mendideh masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai mendideh lagi.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).