- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, May 25, 2009

Telur Pindang

Telur pindang? Mmg pernah dgr tp tak prnh mkn sblom ni. Tengok secara dekat pn tak pernah. Apa yg saya tau, telur ni asalnya dr johor. Org johor klau buat kenduri kawin, telur pindang ni mcm satu kemestian sebagai buah tgn utk tetamu. & 1 lg yg saya dgr, proses utk menyediakannya agak rumit sbb memakan masa berjam2 & berhari2 utk rebus telur tu bsama pelbagai ramuan.
Beberapa hari yg lalu, member saya blik kg dia kt jb sbb ada kenduri. Blik ke sini dia bg buah tgn dr johor, telur pindang. Mulanya tak berani mkn sbb rasa pelik + was2 dgn rasanya. ye la, rebus dgn daun senduduk la, daun mengkudu la. Blom masuk lg segala jenis mak nenek rempah ratus. Utk tdk menghampakn teman saya td, saya pn cuba la mkn. Boleh la mkn & rasanya tak seperti yg saya bygkan. Tp nak kata bleh jd favorite tu mungkin tak. Tekak saya msih belum serasi dgn rasanya.
Klau nk tau secara detail bhn & step2 utk sediakn telur ni, refer kat sini; blog Nurul Iman. Lengkap info dia.


TELUR PINDANG(utk 20 biji telur)
sumber ;
nabialishad

bahan
rempah kari daging sebungkus besar-lg byk lg sedap..
ketumbar ditumbuk kasar]
jintan manis ] nih semua beli kt GIANT ada yg dh dipack seringgit2..haa guna satu bngks tu.
jintan putih ]
garam secukup rasa
asam jawa stgh bungkus besar
serai dititik(4-5 btg)
lengkuas(sebesar ibu jari)
halia(sebesar ibu jari)
bawang besar dihiris(3-4 biji)
kicap agak2 stgh botol besar-pewarna bg telur pindang cantik
segala jenis daun - daun jambu batu, senduduk, pandan, daun serai wangi, daun lengkuas, daun salam, mengkudu sebanyak mungkin..sbb telur pindang nih bergantung kepada wangi2 daun nih semua naikkan rasanya..

cara
-susun daun2 ke dlm periuk agak besar..
-lapiskan daun td dgn telur pulak..susun elok2..kemudian taburkan segala bahan2 td..garam secukup rasa+rempah ratus+asam jawa..susun lagi daun atasnya dan lapis lg dgn telur..kaedah ini supaya telur x mudah pecah..setiap lapisan dilapis dgn rempah ratus supaya lebih mudah meresap rempah ke dlm telur..
-masukkan air sehingga penuh menutupi daun2 n bahan2 rempah ratus.
-rebus. jika air rebusan semakin sikit..masukkan lagi air dan rebus telur tu kalau boleh 2-3 hari..maksudnya tutup api mlm..n sambung lg esok n seterusnya.. nih kalau kenduri laa kn..br laa rs betul2 rempahnya pd telur tu..kalau buat sendiri nabia rebus seharian sj.. being d malas me
-kemudian basuh rempah2 pd telur n hidangkan..huhu yummy!




TELUR PINDANG

BAHAN-BAHAN
10 biji telur ayam atau itik , dicuci
2 sudu makan rempah daging
3 helai daun limau purut
4 helai daun salam
2 helai daun kunyit
5 batang lada kering, dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cm halia dititik
2 cm lengkuas dititik
1 batang serai dititik
asam jawa sebesar limau nipis
800 ml air sejuk
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan dititik bersama-sama rempah kari ke dalam sebuah periuk. Campurkan air dan perahkan asam serta bubuh sedikit garam.
2. Masukkan telur, daun limau purut, daun salam dan daun kunyit ke dalam campuran tadi dan masakkan ia di atas api yang sederhana hingga kering dan telur itu mesra dengan rempahnya serta berbau harum




Telur Pindang
Sumber: Majalah Perempuan April 1997

Bahan-Bahan:
10 biji telur
10 helai daun lengkuas
10 helai daun serai
Kulit bawang secukupnya
Sedikit halba, jintan manis, ketumbar dan garam

Cara:
Masukkan semua jenis daun, rempah dan kulit bawang dalam periuk yang sederhana besar. Susunkan telur di atas dedaun dan taburkan sedikit garam. Penuhkan periuk dengan air kemudian rebuslah telur dengan api yang perlahan selama dua hari.




TELUR PINDANG
Sumber :
Keluarga Hj Salleh
gambar :
Khadijah

BAHAN-BAHAN
1.TELUR AYAM(100 BUTIR)

2.DAUN-DAUN(UNTUK PEWANGI DAN PEWARNA)
a.daun senduduk
b.daun jambu batu
c.daun salam
d.daun asam jawa
e.daun kunyit
f.daun serai
g.daun langkuas

3.REMPAH(UTK PERASA)
a.ketumbar-200 gram
b.jintan manis-200 gram
c.jintan putih-200 gram
d.langkuas-3 inchi
e.halia-3 inchi
f.serai-20 btg
g.bawang merah-20 biji
h.garam secukup rasa

CARA-CARA
1.SEMUA DAUN HENDAKLAH DICUCI SEHINGGA BRSIH
2.REMPAH KESEMUANYA DITUMBUK
3.HALIA,LANGKUAS,SERAI DAN BWG MERAH DITITIK
4.MASUKKAN BAHAN DAUN/REMPAH K DLM PERIUK DAN DISUSUN BERSLANG SELI DGN TELUR SECARA BERTINGKAT-TINGKAT
5.MASUKKAN GARAM
6.REBUS DENGAN MENGGUNAKAN API YG KECIL SLAMA 2-3 HARI




Telur Pindang
Sumber :
IKAN

Ingredients

A
Telur ayam

B
Kulit bawang merah dan putih
Daun serai
Daun manggis
Daun senduduk

C
Ketumbar
Jintan
Garam

D
Kicap
Cuka

Directions
1. Step 1
Get a periuk depending on your eggs. At the bottom of the pot, lapiskan A.
Then taburkan C
Then susunkan A satu lapis sahaja.
2. Repeat step 1 sehingga telur habis
3. Fill in the pot with water
4. Splash D
6. Simmer with slow fire up to 8 hours

Many ask me berapa banyak nak guna all the rempah? Well, again, it depends on banyak mana your eggs are. Its all about susun-susun and tabur-tabur.




Telur Pindang
Gambar :
Mat Gebu

Bahan:
1 sdt garam
10 lembar daun salam
1500 ml air
2 cm lengkuas, memarkan
20 lembar daun jambu /(± 150 gr kulit bawang merah)
8 butir telur ayam

Cara membuat:
1. Aduk semua bahan dalam panci.
2. Rebus hingga mendidih sambil sesekali digoyang/aduk.
3. Angkat telur lalu memarkan hingga seeluruh kulit retak.
4. Rebus kembali hingga air terserap dan telur berubah warna. Angkat. Tiriskan.
5. Kupas kulit telur lalu sajikan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).