- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, May 17, 2009

Ikan Jeruk

Anda prnah mkn ikan jeruk tak? Ia tak sama dgn ikan pekasam wp dua2nya kna peram dulu. Ikan pekasam ni kna perap dgn beras goreng kan? Ikan jeruk plak just rendam dlm air garam & asam gelugur. My mom slalu buat especially musim ikan dijual murah. My mom slalu guna ikan kerisi. Tak tau la kenapa tp my MIL plak guna ikan yg besar2 mcm ikan jemuduk ke, ikan tenggiri ke, utk buat ikan jeruk. Bila musim tengkujuh, ikan jeruk ni la jd hidangn utama. Mkn dgn nasi panas. Marvellous gitu. Kadang2 ada org buat ikan ni awal thn, maksudnya bila abis musim tengkujuh. Bila smpai musim tengkujuh (hujung thn), baru dia wat kluar ikan jeruk ni. Lama tu dia peram. Tp as my mom said, selagi kita simpan dlm bekas yg kedap udara, takde masalah. Klau x tutup rapat, bukan saje berbau, lalat pn bleh btelur dlm tu.
Dulu duk terfikir gak, nape la org tua kami suka buat ikan jeruk. Dh la masin, x fresh plak. Bila dh besar baru fikir, ikan jeruk ni la sumber protein kami pd musim tengkujuh. Musim ni kan susah nk dpt ikan, nelayan tak pegi sgt ke laut, ikan jd mahal. So bila musim ikan tu, diaorg beli byk2, buat ikan jeruk utk dimkn pd musim hujan.
Saya suka bila my mom goreng ikan tu. Plak tu bila isi ikan tu dh btul2 lembik. Boleh colek dgn jari jer. Best...tp bg org yg ada penyakit gatal2 @ alergik tu, tak digalakkan mkn ikan ni. Nnti gatal 1 bdn, tak ke haru?
Balik ari tu my mom bg seekor ikan kerisi jeruk. Ntah bila dia buat. Ambik aje la sbb ni my favorite. Smpai kl ni saya goreng, lps tu perah air asam limau, tabur cili api potong, ala2 mkn ikan pekasam. Best..Kt sini saya sertakan resepi nk buat ikan jeruk. Senang sgt pn. Pejam mata pn bleh buat tp garam kna byk pakai & yg ptg garam kasar tu, bukan garam halus. & then i jot down resepi yg mggunakan ikan jeruk. Bleh la cuba.



Ikan Jeruk Mat Jejak Rasul
Sumber :
ruangan
Gambar :
syedkhalil

BAHAN2nya
Beberapa ekor ikan yang sesuai dijerukkan seperti ikan kembung,ikan gelama, pelaling, anak ikan tenggiri cencaru, ikan kerisi
Garam
Asam gelugur

CARA2nya
*Ikan disiang dan dibersihkan.
*Sumbatkan garam kasar ke dalam perut ikan bersama2 dengan asam gelugur ke dalam setiap ekor ikan dan jika suka boleh juga di tarukkan sedikit gula.
*Simpankan ikan dalam bekas kedap udara.
*2weeks later boleh la dimakan lebih lama di peram lagi lazat rasa nyer.
*kene la digoreng dulu tapi jika hendak bakar kene alas daun pisang.
*Lebih lazat di patah kan lada kecik dan diperah kan air limau nipis



Ikan Tongkol Jeruk Asam
Kiriman: Adique

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tongkol besar - bersihkan dan potong sederhana besar
Garam
Asam keping
Air

Cara:
(1) Susun ikan tongkol ke dalam periuk aluminium.
(2) Susun pula asam keping ke atas kepingan ikan hingga tertutup semua ikan.
(3) Taburkan pula garam ke atas asam keping. Ulang langkah (1) hingga (3) hingga habis kepingan ikan. Masukkan air hingga tenggelam ikan, rebus atas api sederhana besar hingga isi ikan masak

Cadangan Hidangan:
1. Ikan ini sudah boleh dimakan dengan nasi ataupun, bagi yang menggemarkannya, bolehlah digoreng dahulu (tanpa kunyit dan garam).
2. Boleh juga digoreng dengan bawang dan cili.

Tambahan:
1. Gunakan periuk aluminium untuk rasa lebih sedap.
2. Masakan ini boleh disimpan lama dalam peti sejuk tapi setiap hari bolehlah dipanaskan atas api hingga menggelegak airnya.
3. Selain ikan tongkol, boleh juga guna ikan sardin (basah) atau ikan kembung.



Jeruk Ikan
Sumber: Majalah Wanita November 2000

Bahan-Bahan:
1000 gm ikan tilapia kecil
500 gm nasi
100 gm garam
10 biji buah panggie (seakan buah jering) - digiling

Cara:
Bersihkan ikan dan kelar-kelarkan badannya. Campurkan garam dan buah panggie. Gaulkan semua bahan campuran dengan ikan dan garam sehingga sebati. Simpan bahan-bahan tadi di dalam botol atau pasu dan jeruk selama seminggu atau lebih sebelum dimakan.




IKAN JERUK GORENG BAWANG CILI
Sumber : Kak Madiha

Senang jer resepinya.. goreng ikan jeruk.. angkat.. menggunakan minyak yg sama.. tumis bawang besar mayang & cili padi potong hingga layu.. terus campur dengan ikan jeruk & hidang. Kalau suka boleh perah air asam limau nipis..




Goreng Ikan Masam Tenggiri
Sumber : Kak Liza

Bahan
2 Keping ikan tengiri jeruk
3 biji limau nipis [lime] [ambil airnya/jusnya]
minyak

Bahan hiris/potong
2 biji cili merah
ciliapi [secukup pedas]
1 labu bawang besar

Cara
1. Gorengkan ikan tenggiiri sehingga garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
2. Taburkan bahan hirisan dan perahkan jus limau nipis serata ikan.
3. Hidangkan dengan nasi putih.

3 comments:

BAGAK said...

sungguh sedap rasanya

walaupun tengok gambar sahaja

badboyz said...

klau nk bau yg kuat mcm beli dlm botol tu mcm mne ye??ad tips?

Unknown said...

Ambil yg dlm botol tu campurkan sekali pasti jadi.. hehee..


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).