Karipap biasa inti daging. Tp kt kl ni inti ubi kentang jer. Klau kt trganu, inti ikan utk yg tak suka pedas ataupn ubi keledek utk yg suka pedas & rasa kari. Org johor panggil epok2 eh. Org ckp karipap isi ikan dipanggil temosa tp tpt saya panggil karipap ikan je la. Tp biasa saya jupe temosa kt kl ni inti serunding kelapa. Takde ikan pn. Abis2 guna udang kering. Tp ada org panggil karipap mcm ni spera.
Karipap inti ikan ni my favorite. My hubby's auntie pndai sgt buat karipap ni. Ari tu masa dia dtg ke kl, dia bawak karipap ni. Dia buat siap2 kt kg, smpai kl, baru gorng. Mkn yg panas2. 1 pinggan saya mkn sorang jer. Tak sedar dh nk abis. Seme org tengok sy mkn. Malunyer...tp auntie hubby saya yg happy sbb tengok saya suka sgt mkn. Katanya, anak2 dia sentuh la seketul 2. Sejak dr duk trganu, saya suka beli karipap ni. Dulu masa keje kt trganu, dlm pukul 10am saya turun gi kt pasar jual kuih pekan bt 6. Masa tu opis saya sbelah jer dgn pasar tu. Beli rm2, dpt 10 ketul. Panas2 plak tu. Mkn sorang2, sedapnya. Hari2 mkn pn takpe.
Ni dh takde apa2 nk buat utk minum ptg, tgerak hati nk buat karipap. Ikan sardin/selayang mmg dh ada dlm freezer. Cuba jaya je la sbb mmg tak prnh buat sblom ni. Wp bentuknya tak nk bape cantik (kelim tepi la tak cantik), tp rasanya sgt la enak. Kna plak tak kedekut inti. Gemuk jer karipap tu penuh dgn inti.

Karipap Ikan
Sumber : Ida
Bahan kulit :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin + 2 sudu minyak(dicairkan)
Sdkt air
Caranya:
1.Marjerin + minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.
Bahan inti
Ikan (direbus & buang tulang,tumbuk sampai halus)
santan
2 sudu besar halba
Halia (dikisar)
Bawang merah (dikisar)
Bawang putih (dikisar)
Sdkt gula
Sdkt garam
Caranya :
Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam kuali dan masak sampai kering.
Inti Ikan Temosa
by NoorMasri
Bahan-bahan:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dlm 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus amik isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Kisar isi ikan dgn santan hingga halus.
2. Masukkan dlm kuali isi ikan dgn santan, kacau hingga hampir kering
3. Baru masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan
Nota:
1. Pastikan halia dimayang halus kalau kasar tak sedap nanti bila makan tergigit halia lak..
2. kalau nak lagi lemak berperisa boleh lah letak 1 1/2 biji kelapa
Karipap inti ikan
oleh: mashimaro
Bahan-bahan ( 30 biji )
bahan utk karipap cam biasa
* bahan inti *
1/2 kg ikan selayang ( bersih dan kukus ngan sdkt air dan 2 asam keping hgga msk... dan perisikan)
10 ulas bwg merah (5 ulas dimayang,5 ulas lg di blend)
3 ulas bwg putih (diblend)
1 inci halia (blend)
5 biji ciliapi ( dptg kecil2)
garam, gula dan aji
Cara-cara
1. isi ikan diprisikan dan lenyek2kan biar hancur..
2. panas minyak, tumis bahan kisar biar lama... masukkan isi ikan yang dilenyek tadi.. dan masukkan sedikit air kukus ikan tadi
3. last masuk kan bawang yang di mayang dan perasakan dgn garam, gula dan aji
kacau lama, sehingga inti kering..... siap..... SLMT MENCUBA
Temosa Makteh
Kiriman : Zaitunah Abdul Hamid
INTI
Bahannya
3 - 4 ekor ikan (makteh gunakan ikan cencaru, sy buat guna ikan kembung)
1/2 biji kelapa parut (bahagian putih shj)
3 biji bawang besar didadu
3 sudu mkn gula
1 camca teh garam
(saya tambah 1 camcateh halba - request my abg syg)
Cara Membuatnya
1. Bakar ikan dan ambil isinya. Isi ikan tak perlu blend just hancur2kan dgn jari sahaja.
2. Masak isi ikan, kelapa parut, halba, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga agak kering airnya.
3. Tulang2 ikan saya blend dengan sedikit air & tapis ambil airnya
KULIT TEMOSA
Bahannya
1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Cara Membuatnya
1. Campurkan tepung dan garam.
2. Panaskan minyak & curahkan ke dalam tepung.
3. Gaulkan dengan sudu, nanti melecur tangan. Dah agak rata masukkan air dan uli jadi doh. Biarkan sebentar.
Nota : Saya tengok makteh gunakan mesin mee yg putar2 tu untuk nipiskan kulit temosa ni. Pastu dia gunakan acuan karipap hak plastik tu. Saya pulak nipiskan doh dengan mencanai di antara lapisan plastik. Dah nipis saya kepit gunakan acuan karipap.
Temosa
oleh: beldandy
Bahan-bahan ( 4 orang )
Ikan kembung 4 ekor
1/2 kotak santan (boleh tambah air kalau pekat)
5 Biji bawang merah di tumbuk atau di cincang
Sedikit halia; tumbuk sampai hancur
Sesudu besar halba
Telur rebus (optional)
Sedikit garam
Cara-cara
1. Rebus ikan dan ambil isi sahaja.
2. Blend isi ikan dengan santan hingga halus. Masak dalam kuali dgn api sederhana.
3. Setelah santan sedikit kering, masukkan bawang, halia, halba dan garam. Kalau suka boleh masukkan sedikit hirisan cili. Masak hingga kering
4. Untuk kulit puff, gaul tepung dgn butter hingga jadi breadcrumb. Tambah air sejuk dan uli hingga jadi doh. biarkan sebentar.
5. Buat macam karipap, jika suka masukkan sekali peingan telur rebus dalam inti dan goreng hingga keemasan.
2 comments:
love it...tapi npe xleh nk follow blog nie
Trbaikkk. .
Post a Comment